Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!


Satu perkembangan yang cukup menarik! 

Bintang siri Netflix Daredevil, Charlie Cox dilaporkan telah menandatangani kontrak untuk kembali meneruskan peranannya sebagai Matt Murdock / Daredevil dalam filem ketiga Spider-Man yang diterajui Tom Holland.

Menurut laporan ComicBook.com, pelakon British berusia 38 tahun itu telah dilihat diset penggambaran Spider-Man 3!. 

Ketika peminat disajikan dengan berita kepulangan semula Tobey Maguire dan Andrew Garfield sebagai Peter Parker, nama Charlie Cox mula timbul di media-media hiburan Hollywood, yang mengatakan dia akan kembali sebagai Daredevil dalam filem Spider-man akan datang. 

Bagaimanapun Cox menafikan berita tersebut dengan mengatakan karakter Daredevil itu mungkin dilakonkan oleh aktor lain: “Saya tidak mendengar khabar angin itu, tetapi apa yang pasti itu bukan Daredevil saya. Sekiranya benar, itu bukan saya. Mungkin dengan aktor yang lain”


Penafian Cox sama seperti Hailee Steinfeld yang menafikan penglibatannya dalam siri Hawkeye, sehinggalah dia dilihat di set penggambaran siri Disney+ itu. 

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige sebelum ini pernah mengatakan bahawa kesemua karakter Marvel dalam dunia Netflix akan menuju ke layar perak, dan Daredevil antara salah satu karakter yang akan diperkenalkan di MCU dalam masa terdekat ini. 

Spider-Man 3 menyaksikan Jamie Foxx dan Alfred Milina kembali meneruskan peranan mereka dalam francais terdahulu sebagai Electro dan Doctor Octopus. Penglibatan Maguire dan Garfield masih belum disahkan, dan dikatakan masih dalam rundingan. Begitu juga kemunculan semula Kirsten Dunst sebagai Mary-Jane Watson.

Filem akan datang dibintangi Tom Holland sebagai Peter Parker / Spider-man, Zendaya sebagai MJ, Jacob Batalon sebagai Ned dan Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Diarahkan Jon Watts, filem terbaru Marvel / Sony ini akan ditayangkan dipawagam pada 17 Disember 2021.

 


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee