Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Charlie Cox Akan Bawa Watak Daredevil Dalam Filem “Spider-Man 3”?


Minggu yang agak menarik buat peminat filem Marvel khususnya Spider-Man.

Selepas pelakon Alfred Molina disahkan kembali meneruskan peranannya sebagai Doctor Octopus, media-media Hollywood terus memberi berita menarik dengan mengatakan Tobey Maguire dan Andrew Garfield akan kembali sebagai Peter Parker aka Spider-Man. 

Bukan itu sahaja, pelakon Kirsten Dunst dan Emma Stone turut dilaporkan kembali sebagai Mary Jane Watson dan Gwen Stacy.

Terbaru, Murphy’s Multiverse. (Via ComicBook.com) menyampaikan satu lagi berita menarik kepada peminat, dengan melaporkan bahawa pelakon Charlie Cox akan kembali sebagai Daredevil dalam filem Spider-Man 3. 

Bagaimanapun, laporan Murphy’s Multiverse masih dianggap khabar angin, tambahan pula, pada April yang lalu, Cox pernah menolak dakwaan bahawa dia terlibat dengan Spider-Man 3.


“I hadn’t heard those rumors, but it’s certainly not with my Daredevil. I’m not involved in it. If that’s true, it’s not with me. It’s with another actor.”

Penafian Charlie Cox boleh dikatakan sama dengan penafian Hailee Steinfeld semasa ditanya wartawan mengenai penglibatannya dalam siri Disney+ Hawkeye. Steinfeld kemudiannya disahkan membawa watak Kate Bishop selepas gambarnya diset penggambaran tersebar di media sosial. 

Apapun, kita lihat perkembangan Spider-Man 3 dalam masa terdekat. Tidak mustahil, penafian Cox mungkin bertukar sebaliknya, seperti yang berlaku pada Steinfeld.

Siri TV Daredevil antara rancangan televisyen Marvel Netflix yang telah kembali ke Marvel Studio. Buat masa ini, tidak diketahui apa perancangan Kevin Feige terhadap karakter-karakter Marvel Netflix, walaupun pernah menyatakan kesediaannya untuk memperkenalkan beberapa karakter siri TV ke MCU. 

Namun, berdasarkan penghujung filem Spider-Man: Far From Home, Peter Parker dilihat seperti perlukan seorang peguam bagi mempertahankan dirinya dari segala tuduhan jahat yang dilontarkan oleh J. Jonah Jameson.

Dan, peguam yang dirasakan sesuai untuk Peter adalah Matt Murdock aka Daredevil.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee