
Sementara menunggu produksi filem keempat “John Wick” yang diterajui Keanu Reeves, pengarah “John Wick” Chad Stahelski telah telah menetapkan satu lagi projek terbaru bersama New Line Cinema. Menurut Deadline, New Line Cinema berjaya memenangi hak tayangan filem aksi thriller Stahelski berjudul “Classified“.Ā
“Classified” berdasarkan cerita dari “Paranormal Activity: The Ghost Dimension” arahan Andrew Deutschman dan Jason Pagan, dan digambarkan sebagai thriller beroktan tinggi yang mencampurkan nada dari filem “Die Hard” dan “Indinana Jones”. Filem ini ditetapkan di bunker rahsia kerajaan, yang menempatkan relik rahsia yang dijumpai semasa Perang Dunia Kedua 2. Relik tersebut dikatakan sangat kuat dan berbahaya dari apa yang dibayangkan.Ā
digambarkan sebagai thriller beroktan tinggi yang mencampurkan nada Die Hard dan Indiana Jones dan ditempatkan di bunker pemerintah rahsia, serupa dengan gudang ikonik dari francais terakhir, yang mengandungi peninggalan yang diam-diam pulih semasa Perang Dunia II yang lebih kuat dan berbahaya daripada pernah terbayang.
Selain mengarah, Stahelski turut menjadi penerbit menerusi syarikat produksinya, 87Eleven Entertainment bersama-sama Jason Spitz, Alex Young, dan Trevor Engelson yang mewakili produksi Underground.
Selepas dua dekad bekerja sebagai pelakon lagak ngeri dan koordinator aksi stunt untuk filem blockbuster Hollywood seperti trilogi “The Matrix“, Stahelski membuat debut sebagai pengarah menerusi filem “John Wick” bersama rakan kolaborasinya, David Leitch. Apabila Leitch terlibat dalam filem “Deadpool 2” dan “Hobbs and Shaw“, Stahelski mengetuai francais “John Wick” dengan menjadi pengarah untuk dua sekuel seterusnya, serta menjadi penerbit untuk siri spin-off “Ballerina” dan “The Continental“.
Dalam perkembangan lain, Stahelski akan terlibat dalam reboot filem klasik “Highlander” serta mengarahkan filem fantasi drama “Arcana” untuk Lionsgate, dan adaptasi buku komik “Analog“, serta menjadi penerbit untuk filem remake dari Korea “The Man From Nowhere“.Ā