Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Cetus Kemarahan Komander ESSCOM, Pelakon Paskal Dipanggil

Akibat mengeluarkan ‘cerita murahan’, dua pelakon filem Paskal, Hairul Azreen dan Ammar Alfian akan dipanggil pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak lama lagi.

Mereka berdua akan dirakam kenyataan oleh pihak ESSCOM berhubung kenyataan Hairul yang mendakwa dia dan Ammar hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran filem Paskal di kawasan perairan Semporna.


Menurut laporan dari Harian Metro, kenyataan kedua-dua pelakon terbabit akan dirakamkan di Ibu Pejabat ESSCOM di Lahad Datu.

“ESSCOM akan memanggil kedua-dua pelakon itu untuk rakam keterangan mereka dalam masa terdekat ini di Ibu Pejabat ESSCOM,”

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pelakon tersebut telah mengundang kemarahan Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali menyifatkan kenyataan Hairul yang mendakwa hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran filem PASKAL sebagai tidak berasas dan sekadar publisiti murahan.

Hazani dilaporkan berkata, sepanjang penggambaran filem itu di kawasan yang dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Rodziah (TSR), pelakon serta kru produksi disertai oleh pasukan keselamatan terlatih iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan meminta semua pihak berhati-hati membuat kenyataan terutama membabitkan isu keselamatan negara.

Sebelum ini, Hairul mendakwa dia dan Ammar nyaris menjadi sasaran lanun ketika penggambaran filem PASKAL di Semporna, pertengahan tahun ini.

Hairul mendakwa, ketika kejadian, hanya dia dan Ammar masih berada di kawasan pelantar minyak selepas menyelesaikan beberapa babak sebelum ada rakan membisikkan pihak berkuasa sebenarnya sudah mendapat maklumat bahawa kumpulan lanun mahu menjadikan mereka sasaran penculikan.

Related posts

“Mat Kilau” Terus Tambah Kutipan Tiket, Kumpul RM3 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Kakimuvee

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia

Kakimuvee

Luangkan Masa Pada ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ pada 24 – 26 Jun Ini

Kakimuvee

“Special Force: Anarchy” Bakal Datang Ke Disney+ Hotstar Di Malaysia

Kakimuvee

Lebih Banyak Belanja, Lebih Banyak Jimat Dengan Kempen ‘Macam-Macam Ada’ Astro Go Shop

Zulaikha

Leave a Comment