Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Cerita Pendek Stephen King Berjudul Suffer The Little Children Akan Difilemkan

Novel-novel karya novelis terkenal seringkali dijadikan oleh pembikin filem untuk menghasilkan filem-filem menarik. Antara novel-novel yang dijadikan filem terkenal adalah seperti The Shining, The Shawshank Redemption, The Mist, The Dark Tower dan yang terbaru serta sedang ditayangkan diseluruh dunia adalah It

Kini berita terbaru yang diambil dari laman web comingsoon.net, sebuah lagi karya novelis tersebut akan diambil dan diadaptasikan dalam bentuk filem. Karya yang dimaksudkan adalah Suffer the Little Children, sebuah cerita pendek yang dihasilkan pada tahun 1972.

Menurut laman web itu juga, pengarah Sean Carter telah diberi tanggungjawab untuk mengarahkan filem berkenaan. Malah, beliau juga akan bertindak selaku penulis lakonlayar untuk filem bergenre horror thriller itu. Craig Flores, Nicolas Chartier, dan Sriram Da akan bertindak selaku penerbit filem berkenaan.

Cerita pendek yang berjudul Suffer the Little Children ini bakal mengisahkan cikgu Emily Sidley yang terperasan dengan tingkah laku pelik pelajar-pelajarnya. Beliau mendapati, pelajar-pelajarnya itu bukanlah pelajar-pelajar yang beliau kenali dan lebih teruk dia terpaksa melindungi bandar yang beliau dudukinya dari diganggu entiti jahat.

Cerita pendek ini pernah dihasilkan dalam bentuk filem pendek pada tahun 2006 dan ditayangkan dalam beberapa festival-festival filem pada tahun tersebut.

Filem ini masih dalam peringkat pembangunan dan tiada berita terkini mengenai bilakah tarikh tayangnya. Jadi kepada peminat-peminat filem bergenre horror thriller dan peminat Stephen King khususnya, apa pandangan anda mengenai filem terbaru ini?

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment