Berita

CEO Disney Beri Kredit Kepada Tom Holland Kerana Memainkan Peranan Penting Membawa Kembali Spider-Man Ke MCU

Views

Mungkin ada yang beranggapan Tom Holland tidak sebagus Tobey Maguire dalam memainkan peranan sebagai Peter Parker a.k. Spider-Man, tetapi sekurang-kurang kita haruslah berterima kasih kepada pelakon muda itu kerana sumbangannya, peminat dapat melihat Disney dan Sony kembali merujuk selepas cerai talak satu.

Ketika muncul dalam rancangan Jimmy Kimmel Live sempena mempromosikan buku terbarunya berjudul The Ride of a Lifetime: Lessons Learned From 15 Years as CEO of the Walt Disney Company, Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger telah menerangkan secara panjang lebar tentang peranan yang dimainkan oleh Tom Holland dalam memastikan kedua-dua studio besar itu kembali ke meja rundingan.

Menurut Iger, Holland telah meminta nombor telefon dan email beliau untuk menyuarakan perasaan hatinya mengenai karakter Spider-Man dan juga permintaan peminat yang mahu Holland meneruskan peranannya sebagai Spider-Man. Selepas bercakap dengan Holland, Iger terus menghubungi pihak Sony dan bercakap dengan bos Sony yang akhir membawa kepada rundingan terbaru diantara kedua-dua belah pihak

“We had an event called D-23 and Tom [Holland] was there because he’s a voice in a new Pixar movie called Onward. He said something and it was clear that the fans wanted Tom back as Spider-Man,”

BACA:  Penerangan Babak 'Post Credit' Deadpool 2 - Amaran Spoiler!

“It was clear that he cared so much. He’s a great Spider-Man. I felt for him and it was clear that the fans wanted all of this to happen.” I

“He called me and I called them,” “sometimes companies, when they are negotiating, they forget that there are other folks out there that actually matter.” 

Kini, Spider-Man  kembali menerusi filem ketiganya di MCU dan akan terus muncul dalam filem-filem Marvel Studios seterusnya. Disney akan menyumbang 25% kos produksi dan mendapat 25% keuntungan jualan tiket. Mereka juga akan terus mendapat keuntungan dari hak perdagangan.

Jadi kepada peminat-peminat Marvel, adakah anda semakin sayang kepada Tom Holland? kongsikan luahan anda.

Tinggalkan Balasan

shares