Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

CCXP Brazil: Marvel Studios Dedahkan Foto Hitam Putih WandaVision Serta Gambar Terbaru Falcon & The Winter Soldier

Comic Con Experience (CCXP) Brazil turut disertai Marvel Studios. Walaupun tidak memberi begitu banyak perkembangan terbaru mengenai filem dan siri televisyen, pihak studio masih memberikan beberapa pekara menarik kepada para penggunjung expo berkenaan.

Beberapa gambar dan klip filem telah dipertonton kepada pengunjung, antaranya gambar terbaru dari rancangan Disney+ WandaVision yang memaparkan Wanda dan Vision duduk gembira disebuah kerusi dengan berlatarbelakangkan serta gaya ala-50an.

Tidak banyak maklumat mengenai siri WandaVision, tetapi difahamkan siri tersebut akan dibuat dalam bentuk sitkom dengan konsep era 50an.

Selain itu juga, beberapa keping gambar dari rancangan Falcon & The Winter Soldier turut didedahkan kepada umum. Anda boleh lihat gambar-gambar terbaru di bawah.

Dalam perkembangan yang sama, Presiden Marvel Studios Kevin Feige menjangkakan produksi rancangan Ms. Marvel, Moon Knigt dan She-Hulk akan selesai pada penghujung 2020. Ini bermakna berkemungkinan besar, ketiga-tiga siri tersebut mungkin akan bersiaran di platform penstriman video Disney+ sekitar tahun 2021, lebih awal dari dijangkakan.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment