Siri TV

CBS Bangunkan Siri Terhad CSI: Crime Scene Investigation

Views

Selepas lima tahun ditamatkan, siri ikonik terbitan CBS, CSI: Crime Scene Investigation bakal kembali keudara. Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, CBS telah memulakan pembangunan siri televisyen tersebut tetapi dalam bentuk siri terhad.

Rangkaian televisyen tersebut telah memulakan rundingan dengan pencipta siri, Anthony Zuiker, penerbit eksekutif, Jerry Bruckheimer dan pasukan kreatif untuk merangka siri akan datang. THR juga turut menyebut, Jason Tracey bakal menulis skrip, dan menggambarkan siri terbaru itu nanti sebagai meraikan ulangtahun CSI ke-20 pada 6 Oktober ini.

Siri terhad itu juga akan kembali ke lokasi Las Vegas, dimana francais CSI bermula, dan berkemungkinan besar pelakon-pelakon asal termasuklah William Petersen akan kembali membawa karakter masing-masing.

CSI merupakan antara rancangan popular CBS dan menjadi antara siri televisyen yang paling banyak tontonan seluruh dunia. Siri itu juga telah mencipta francais media yang bernilai berbillion dolar termasuklah penghasilan tiga siri spin-off, komik, permainan video, novel dan banyak lagi.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks