Siri TV

CBS All Access Hasilkan Siri Spin-Off "Star Trek: Strange New Worlds"

Views

CBS All Access akan hasilkan siri spin off Star-Trek: Discovery berjudul Star Trek: Strange New Worlds yang akan menampilkan Captain Pike (Anson Mount), Mr. Spock (Ethan Peck) dan Number One (Rebecca Romijn).

Menurut laporan Entertainment Weekly, penghasilan siri spin-off itu dibuat berdasarkan petisyen dari peminat Star Trek yang mahukan sebuah siri baru berkisarkan tiga karakter itu.

Strange New Worlds akan berkisarkan tentang sekumpulan kru U.S.S Enterprise sebelum zaman Captain Kirk dimana mereka meneroka dunia baru sekitar galaksi.

"Peminat jatuh cinta dengan karakter ikonik Anson Mount, Rebecca Romijn, dan Ethan Peck ketika mereka pertama kali diperkenalkan di Star Trek: Discovery musim lalu,"

"Siri baru ini akan menjadi pelengkap sempurna untuk francais, membawa perspektif baru dan pengembaraan siri Star Trek."

"Karakter ikonik ini mempunyai sejarah hebat dalam canon 'Star Trek', namun begitu banyak kisah mereka yang belum dapat diceritakan. Dengan Akiva dan Henry yang akan menerajui, Enterprise, kru dan peminat akan dibawa dalam perjalanan luar biasa ke perbatasan baru di dunia Star Trek. "

Siri terbaru ini akan ditulis oleh Akiva Goldsmith berdasarkan cerita dari Goldsmith, Alex Kurtzman dan Jenny Lument yang turut menjadi penerbit eksekutif bersama-sama Henry Alonso Myers, Heather Kadin, Rod Roddenberry dan Trevor Roth.

Tarikh siaran Star Trek: Strange New Worlds masih belum ditetapkan.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks