Berita

Cats Mungkin Rugi $100 Juta Dolar

Views

Pengarah Tom Hooper dan studio Universal terpaksa berkerut dahi apabila Variety melaporkan bahawa, filem Cats mungkin akan mengalami kerugian sebanyak $100 juta dolar dipentas box office sebaik sahaja tayangannya berakhir.

Walaupun telah mempertingkatkan kesan khasnya dan giat menjalankan promosi, filem muzikal itu gagal menarik penonton, malah mereka lebih memilih untuk menyaksikan filem Star Wars: The Rise of Skywalker. 

Difahamkan, kos pemasaran global dan pembayaran pengedaran filem telah mencecah hampir $100 juta dolar, iaitu kos yang sama untuk membikin filem ini. Bagaimanapun, prestasinya dipentas box office sangat teruk sekali apabila hanya mampu meraih $38 juta dolar seluruh dunia sejak ia ditayangkan pada 20 Disember yang lalu.

Petanda Cats bakal musnah mula dikelihatan sebaik sahaja trailer pertamanya dilancarkan. Peminat rata-ratanya mengkritik kesan visual kucing yang sangat pelik sehingga memberi kesan kepada bakat para pelakon filem ini yang terdiri daripada Judi Dench, Jennifer Hudson, Taylor Swift, dan Idris Elba. Selain itu juga, rating yang teruk di laman Rottentomatoes turut menyumbang kepada kegagalan filem ini.

BACA:  Joker Cipta Sejarah, Menjadi Filem Komik Paling Banyak Tercalon Dalam Anugerah Oscar

Cats kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Tinggalkan Balasan

shares