Berita

Cate Shortland Akan Arahkan Filem Black Widow

Views

Scarlett Johansson Black Widow

Akhirnya filem solo Black Widow bakal menemui pengarahnya. Menurut laporan dari  The Hollywood Reporter, pengarah filem seram Berlin Syndrome, Cate Shortland bakal dipilih oleh Marvel Studios untuk menjadi pengarah filem yang dibintangi oleh Scarlett Johansson itu.

Pihak studio dilaporkan telah menyenaraikan lebih 70 pengarah filem sebelum mengecilkan pencarian mereka dengan menyenaraikan beberapa nama antaranya Amma Asante (Belle), Maggie Betts (Novitiate), dan Shortland sendiri. Bagaimanapun tiada pengumuman rasmi diumumkan oleh pihak Marvel Studios.

Seperti filem Captain Marvel, Black Widow merupakan filem prekuel dan akan ditetapkan sebelum filem The Avengers. 

Scarlett Johansson membuat kemunculan pertama sebagai Black Widow dalam filem Iron Man 2. Kemudiannya watak adiwira wanita itu mula muncul dalam beberapa filem Marvel Captain America: The Winter Soldier, Captain America: Civil dan dua filem Avengers termasuklah yang terbaru Infinity War. 

Black Widow akan membuat penampilan ketujuhnya dalam filem Avengers 4 yang akan ditayangkan tahun hadapan.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares