Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Cate Blanchett Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem ‘Nightmare Alley’ Arahan Guillermo del Toro


Pada April yang lalu, Guillermo del Toro telah diumumkan sebagai penerbit dan pengarah filem thriller berjudul Nighmare Alley. Filem yang dibuat untuk Fox Seachlight itu turut dibintangi pelakon Bradley Cooper.

Dalam perkembangan terbaru, laman The Wrap melaporkan, pelakon wanita terkenal, Cate Blanchett dikatakan sedang dalam rundingan untuk menyertai barisan pelakon filem terbaru itu.

Selain itu juga, terdapat laporan yang turut mengatakan, beberapa pelakon lain telah dikaitkan dengan filem Nightmare Alley, antaranya Toni Collette, Richard Jenkins, Ron Perlman, Michael Shannon, Willem Dafoe, Rooney Marad dan Mark Povinelli

Filem thriller itu diadaptasikan dari novel berjudul sama karya William Lindsay Gresham dan filem asal yang diterbitkan pada tahun 1947. Ia mengisahkan tentang seorang penyamar yang korup, berpakat dengan seorang psikiatris wanita untuk menipu orang ramai dan membuat mereka memberi wang.

Del Toro turut menulis skrip filem bersama-sama Kim Morgan dan J. Miles Dale akan turut bertindak selaku penerbit bersama del Toro.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee