
Drama SBS, The Penthouse akhirnya lepasi 20 peratus dalam rating penonton!
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod 8 Disember The Penthouse telah mencatatkan purata rating sebanyak 17.6 peratus dan 22.1 peratus.
Ini pertama kali drama tersebut melepasi angka 20 peratus, dan turut memecahkan rekod peribadi yang dicatatkan pada episod sebanyanya iaitu sebanyak 19.9 peratus.
Di MBC, drama Kairos menyaksikan penurunan berbanding episod sebelumnya dengan rating sebanyak 2.9 peratus dan 2.6 peratus.
Di JTBC, Live On merekodkan rating sebanyak 0.4 peratus, manakala di tvN, Awaken mencatatkan rating sebanyak 4.281 peratus, sedikit penurunan berbanding episod sebelumnya.