Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Cartoon Network Bawa Pengembaraan Galaksi Luar Biasa Dalam Siri Baharu Elliott From Earth

Mahkluk asing comel dan rakan baik dinosaur membuktikan segalanya mungkin untuk spesies berlainan hidup bersama dengan harmoni 

Mimpi penerokaan antara bintang tidak terlalu kejauhan seperti yang pernah dirasakan, dan bagi seorang anak kecil bernama Elliott, secara tidak dijangka ia menjadi kenyataan! Untuk pengembaraan galaksi, tonton pada hari Sabtu, 24 April pada pukul 10.30 pagi bagi menyaksikan Elliott From Earth di Cartoon Network (Saluran Astro 615HD) dan melihat apa yang terjadi ketika Elliott dan ibunya Frankie mendapati diri mereka berada dalam perjalanan yang tidak dijangka melintasi alam semesta. Tayangan perdana episod baharu setiap hujung minggu pada masa yang sama.

Sepanjang perjalanan, Elliott bertemu Mo, dinosaur yang segera menjadi sahabatnya dan tinggal bersama Elliott di kediaman baharunya di Centrium, tempat menarik yang dipenuhi makhluk asing luar biasa dan makhluk kosmik yang indah hidup harmoni. Biarpun merupakan pendatang baharu dari Bumi, mereka sentiasa dilayan baik dan diberi pertolongan. Dalam pada mereka berusaha menjalani kehidupan baharu untuk diri mereka sendiri, mereka juga berkawan dengan makhluk asing Nara, Preston, Lord Kallous dan ramai lagi!

Memperkenalkan Karakter Elliott From Earth!

Elliott mudah menyesuaikan diri dengan semua pengalaman baharu berkat pengalaman awal dia berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, tetapi yang paling menarik adalah dia tidak pernah merasa seperti di rumah sendiri, sehinggalah dia mendapati dirinya di ruang angkasa!

).push({});

Related posts

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer The Flash: Armageddon Mengusik Acara Crossover 5-Bahagian

Kakimuvee

Produksi Secret Invasion Telah Bermula

Kakimuvee

[VIDEO] Hawkeye Tayang Dua Episod Pertama Pada 24 November, TV Spot Terbaru Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Succession Kembali Untuk Musim Ketiga Pada 18 Oktober Secara Eksklusif Di HBO GO & HBO

Kakimuvee

Teaser Hanna Musim 3 Goda Tarikh Pelancaran Untuk Siri Aksi Drama Amazon

Kakimuvee

Leave a Comment