Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Carey Mulligan Sertai Filem Adam Sandler “Spaceman”


Menurut laporan Deadline, calon Oscar Carey Mulligan secara rasmi sertai filem terbaru Adam Sandler, dengan kerjasana Netflix bertajuk Sapceman, yang berdasarkan novel tahun 2017 Spaceman of Bohemia karya Jaroslav Kalfa. Mulligan akan memainkan peranan sebagai isteri kepada angkasawan lakonan Sandler. 

Ini merupakan projek terbaru Mulligan bersama Netflix selepas bekerjasama menerusi filem Mudbound (2017) dan yang terbaru filem drama bertajuk The Dig. Aktres itu juga terkenal menerusi beberapa filem seperti  An EducationNever Let Me GoWall Street: Money Never SleepsDriveThe Great GatsbySuffragette, dan Wildlife. Lakonannya dalam filem komedi gelap thriller Promising Young Woman telah membolehkan tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Golden Globe dan yang terbaru Academy Award.

Spaceman berpusat pada angkasawan yang dihantar ke pinggir galaksi untuk mengumpulkan debu kuno misteri tetapi sebaliknya mendapati hidupnya di bumi hancur berkeping-keping dan mesti berpaling kepada satu suara untuk membantunya menyatukannya semula, yang kebetulan milik makhluk yang telah mengintai kapal angkasanya sejak dari mula. 

Pemenang anugerah Emmy Johan Renck (Chernobyl) akan mengarahkan filem terbaru ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Colby Day. Channing Tatum, Reid Carolin, Peter Kiernan dan Michael Parets menjadi penerbit, manakala Ben Ormand, Renck dan Barry Bernady menjadi penerbit eksekutif. 

Sandler dan Netflix telah menjalin perjanjian untuk hasilkan beberapa filem seperti Murder Mystery, Hubie Halloween dan terbaru, filem komedi sukan Hustle disamping Queen Latifah.



Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee