Berita

Cara Untuk Menonton DC FanDome 2020

Views

DC FanDome merupakan acara yang dinanti-nantikan peminat DCEU. Sudah tentu, acara ala 'Comic-Con' ini akan memberikan kejutan kepada penonton tentang perancangan DCEU dan DC TV. 

Acara besar ini akan menyaksikan semua perwakilan Warner Bros. mengumumkan filem-filem DCEU akan datang (dan mungkin memberikan sesuatu yang menarik kepada penonton) serta rancangan TV Arrowverse. 

Bermula pada 23 Ogos ini, penonton akan melihat bintang-bintang DCEU termasuklah Gal Gadot, Chris Pine, Dwayne Johnson, Zachary Levi dan Ezra Miller serta pengarah hebat yang terdiri daripada James Wan, James Gunn dan Zack Snyder, yang mungkin akan mendedahkan maklumat terbaru mengenai projek akan datang. 

Jadi... bagaimana untuk menonton acara DC FanDome 2020? 

Peminat tempatan boleh menonton acara DC FanDome (dalam tempoh 24 jam) dengan melayari DCFanDome.com, mulai Ahad ini. Anda perlu mendaftar dan membuat akaun terlebih dahulu sebelum menonton acara DC FanDome, dan jangan risau, tiada sebarang caj dikenakan. 

Acara ini tidak tersedia di konsol permainan, dan untuk pengalaman terbaik, anda perlu menontonnya di PC atau Mac.

Sesi panelis akan terbahagi ke enam 'Verses" iaitu Hall of Heroes, WatchVerse, YouVerse, InsiderVerse, FunVerse, dan KidsVerse, yang mana setiap panel mempunai tema yang tersendiri. 

Hall Of Heroes adalah panel untuk filem Wonder Woman 1984 dan filem-filem DCEU yang lain, manakala WatchVerse akan mempersembahkan panel rancangan TV Arrowverse serta rancangan DC TV yang lain. Acara ini juga akan disiarkan dalam 9 bahasa iaitu bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Portugis, Cina, Itali, Jerman, Jepun, dan Korea.

Bila acara DC FanDome bermula?

DC FanDome akan berlangsung selama 24 jam pada 23 Ogos ini jam 1.00 pagi. Sesi panel disusun berturutan, dan tiada panel DCEU yang bertindih. Penonton tidak perlu risau sekiranya tidak dapat melihat sesi panel Arrowverse kerana menonton sesi panel yang lain seperti DCEU, ini kerana setiap sesi panel akan ada tayangan ulangan. 

Nak tahu panel-panel utama dalam acara DC FanDome?

Wonder Woman 1984 - 10 AM (tayangan ulangan pada 6PM, 2AM), Hall of Heroes

The Flash - 10AM (tayangan ulangan pada 1AM), WatchVerse – Monarch

Teen Titans Go! Cast Table Read and Panel - 10AM (tayangan ulangan pada 4:30AM, 6:15AM), KidsVerse

Black Lightning - 10:45AM (tayangan ulangan pada 4:15PM, 7:15AM), WatchVerse – Monarch

Pennyworth - 11:30AM (tayangan ulangan pada 5:15AM), WatchVerse – Monarch

Introducing Flash - 11:45AM (tayangan ulangan pada 7:45PM, 3:45AM), Hall of Heroes

The Suicide Squad - 12PM (tayangan ulangan pada 8PM, 4AM), Hall of Heroes

DC’s Legends of Tomorrow - 12PM (tayangan ulangan pada 5:45AM), WatchVerse – Monarch

Doom Patrol - 1:15PM (tayangan ulangan pada7:30AM), WatchVerse – Monarch

Superman & Lois - 2:35PM (tayangan ulangan pada 2:30AM), WatchVerse – Kandor

The Snyder Cut of Justice League - 2:45PM (tayangan ulangan pada 10:45pm, 6:45AM, 8:15AM), Hall of Heroes

Black Adam - 3PM (tayangan ulangan pada 11PM, 7AM), Hall of Heroes

TBA Panel - 4PM (tayangan ulangan pada 11:45PM. 7:45AM), Hall of Heroes

Aquaman - 4PM (tayangan ulangan pada12AM, 8AM), Hall of Heroes

SHAZAM! - 4:30PM (tayangan ulangan pada 12:30AM, 8:30AM encore), Hall of Heroes

Lucifer - 5PM (tayangan ulangan pada 3:15AM), WatchVerse – Monarch

Titans - 5:30PM (tayangan ulangan pada 4:30AM), WatchVerse – Monarch

The Batman - 5:30PM (tayangan ulangan pada 1:30AM, 9:30AM), Hall of Heroes

DC’s Stargirl - 6:45PM (tayangan ulangan pada6AM), WatchVerse – Athena

Batwoman - 7:30PM (tayangan ulangan pada 8:15AM), WatchVerse – Athena

Harley Quinn - 8:15PM (tayangan ulangan pada 12AM, 6:45AM), WatchVerse – Athena

*masa yang dipaparkan adalah waktu di Amerik Syarikat

Jadi kepada peminat, jangan lupa saksikan acara DC FanDome yang akan berlangsung pada 22 Ogos ini. Mana tahu, anda akan jadi antara yang terawal menonton teaser pertama The Batman, atau melihat video terbaru Justice League versi 'Snyder's Cut',

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares