Berita

Cara Delevingne Kagumi Angelina Jolie

View

cara-delevingne7591

Walaupun berita perceraian Angelina Jolie dan Brad Pitt baru-baru ini mengejutkan ramai kenalan dan peminat pasangan itu, ada individu yang melihatnya dari sudut positif.

Model dan pelakon Cara Delevingne meluahkan rasa kagumnya terhadap Angelina menerusi laman Instagramnya.

“Sejak dulu saya memang mengagumi Angelina. Dia wanita yang hebat dan mampu menukar kelukaan dan pengalaman sukar kepada kekuatan,” katanya.

Dalam kapsyen gambar Angelina itu, Cara, 24, juga berpendapat bintang berusia 41 tahun itu sebagai figura yang tegas dalam mempertahankan apa yang dirasakan benar.

“Walaupun melalui detik paling sukar dalam hidup, dia masih meneruskan tugasnya sebagai duta keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Dia tidak mudah mengalah ketika membantu pelarian sebelum ini,” kata Cara.

cara-delevingne
Cara Delevingne Sebagai Enchantress Dalam Filem Suicide Squad

Kata bintang Suicide Squad itu, Angelina bukan sahaja sumber inspirasinya bahkan turut menyuntik kekuatan dalam dirinya untuk meneruskan kerjaya seni.

“Angelina menjadi inspirasi saya dalam mengejar cita-cita sebagai pelakon.

“Dengan kekuatan yang ditunjukkannya, saya jadi semakin bersemangat untuk meletakkan sasaran lebih tinggi dalam karier. Bahkan saya teringin duduk di kerusi pengarah sepertinya suatu hari nanti,” katanya.

Dalam kapsyen itu juga, Cara turut menyertakan ‘hashtag’ #GirlHero sempena kempen anjuran PBB, Girl Up.

Sebelum itu, Cara berkongsi gambar aktivis hak asasi wanita Gloria Steinem yang turut menjadi idolanya.

BACA:  Filem Paling Popular 2016 - Berdasarkan Pilihan IMDb

Tinggalkan Balasan

shares