Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Cara Buono & Mitch Pileggi Sertai Barisan Pelakon Supergirl Musim Ke-5 Sebagai ‘Vilain’

Bintang siri televisyen Stranger Things, Cara Buono dilaporkan telah menyertai barisan pelakon rancangan bersiri CW Supergirl musim ke-5 dengan memainkan peranannya sebagai Gamemnae. Dia turut disertai bekas pelakon rancangan televisyen The X-Files, Mitch Pileggi yang turut membawa peranan antagonis iaitu Rama Khan.

Gamemnae merupakan banga Atlantis purba yang sering menggunakan teknologi untuk menundukkan manusia, manakala Rama Khan juga seperti Gamemnae, makhluk purba dari Atlantis dan sekutu kepada Gamemnae. Berdasarkan komik, kedua-dua watak ini merupakan antara ahli ‘League of Ancients’.

Supergirl dibintangi Melissa Benoist sebagai Kara Danvers/Supergirl, Mehcad Brooks sebagai James Olsen, Chyler Leigh sebagai Alex Danvers, Jeremy Jordan sebagai Winslow ‘Winn’ Schott, Katie McGrath sebagai Lena Luthor, Jess Rath sebagai Brainiac 5 dan David Harewood sebagai Hank Henshaw / J’onn J’onnz.

Siri ini diadaptasikan dari karakter DC ciptaan Jerry Siegel dan Joe Shuster. Supergirl diterbitkan oleh Berlanti Productions dengan kerjasama Warner Bros. Television.

Supergirl musim kelima akan menemui penonton pada 6 Oktober ini.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment