Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Captain Marvel Tidak Terlibat Dalam Infinity War” – Joe Russo

Brie Larson sebelum ini dilaporkan akan menyertai barisan pelakon untuk filem Avengers: Infinity War selepas namanya tersenarai dalam senarai yang dikeluarkan oleh laman web IMDb. Walaupun namanya tidak disahkan secara rasmi, banyak khabar angin mengatakan Brie Larson akan membuat kemunculan sebagai Captain Marvel pada tahun 2018 iaitu dalam filem Infinity War.

Namun berita terbaru yang dikeluarkan dari laman web Screenrant, salah seorang pengarah filem Infinity War, Joe Russo mendedahkan, Brie tidak terlibat dalam projek filem Avengers 3. 

She’s not in Avengers 3.” – Joe Russo

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Captain Marvel akan terlibat dalam Avengers 4 yang turut diarahkan oleh pengarah terbabit bersama-sama Anthony Russo.

Sebelum ini, Marvel Studio telah mendedahkan beberapa details mengenai filem Captain Marvel dimana ia dilaporkan akan berlatarbelakangkan zaman 90-an selain penglibatan Nick Fury dalam filem tersebut serta Skrull yang menjadi watak villain.

Jadi kepada peminat Captain Marvel, kita terpaksa menunggu sehingga tahun 2019 untuk melihat kemunculan pertamanya dalam dunia Marvel Cinematic Universe menerusi filem solonya, Captain Marvel.

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment