Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Captain Marvel Sudah Selesai Penggambaran


Pelakon Brie Larson telah mengesahkan penggambaran filem lakonanya, Captain Marvel sudahpun selesai sepenuhnya. Beliau mendedahkan pekara demikian dilaman Twitter miliknya baru-baru ini.

Penggambaran filem Captain Marvel bermula pada penghujung Mac yang lalu dan kini akan memasuki fasa post-produksi.

Captain Marvel akan mengisahkan tentang Carol Danvers yang bakal menjadi adiwira paling hebat di galaksi semasa Bumi terperangkap dalam perang galaktik antara dua bangsa makhluk asing iaitu Kree dan Skrull. Ianya akan berlatarbelakang awal 90an dan akan menceritakan sejarah yang tidak pernah ditunjukkan dalam Marvel Cinematic Universe.

Filem ini turut dibintangil oleh Samuel L. Jackson, Clark Gregg, Ben Mendelsohn, Lashana Lynch, Gemma Chan, Algenis Perez Soto, Rune Temte, McKenna Grace, with Annette Bening, dan Jude Law.

Captain Marvel bakal menemui penonton pada 8 Mac 2019


 


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee