Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Captain Marvel Mendominasi Carta Box Office Pada Minggu Pertama


Walaupun di’troll’ dengan hebat para penonton, filem ke-21 Marvel Studios, Captain Marvel jelas tidak terjejas apabila berjaya meraih kutipan yang cukup memberangsangkan pada minggu pertama tayangannya diseluruh dunia.

Filem lakonan Brie Larson itu telah mendapat tempat dihati peminat Amerika Syarikat apabila berjaya meraih $153 juta dolar untuk pasaran domestik utara Amerika. Manakala untuk pasaran antarabangsa, filem adiwira tersebut berjaya mengutip  $302 juta dolar dan menjadikan jumlah keseluruhan kutipan mencecah $455 juta dolar seluruh dunia.

Kutipan memberangsangkan itu turut meletakkan Captain Marvel ditangga keenam kutipan paling tinggi pada minggu pembukaan seluruh dunia, mengatasi rekod filem Star Wars: The Last Jedi yang mengutip $450 juta dolar pada minggu yang sama. Untuk rekod, kutipan paling pada minggu pertama tayangan masih didominasi Avengers: I Infinity War dengan kutipan sebanyak $640 juta dolar.

Captain Marvel akan mengisahkan tentang Carol Danvers yang bakal menjadi adiwira paling hebat di galaksi semasa Bumi terperangkap dalam perang galaktik antara dua bangsa makhluk asing iaitu Kree dan Skrull. Ianya akan berlatarbelakang awal 90an dan akan menceritakan sejarah yang tidak pernah ditunjukkan dalam Marvel Cinematic Universe.

Filem ini turut dibintangil oleh Samuel L. Jackson, Clark Gregg, Ben Mendelsohn, Lashana Lynch, Gemma Chan, Algenis Perez Soto, Rune Temte, McKenna Grace, Annette Bening, dan Jude Law.


Captain Marvel kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Trailer “Ms. Marvel” Dedah Tarikh Tayangan Siri Terbaru MCU Disney+

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd