Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Captain Marvel Dijangka Mampu Meraih $700 Juta Dolar Pada Minggu Kedua

Filem terbaru Marvel Studios, Captain Marvel terus mencipta kejutan apabila kutipan terkini filem tersebut telah mencecah lebih $550 juta dolar seluruh dunia.

Dengan perkembangan menakjubkan ini, penganalisis menjangkakan, Captain Marvel mampu melepasi angka $600 juta pada hari Jumaat (waktu Amerika Syarikat) dan seterusnya meraih $700 juta dolar pada hujung minggu ini.

Jika Captain Marvel mampu melepasi jangkaan, filem ini akan mengatasi kutipan beberapa filem Marvel seperti Iron Man 2 dan Doctor Strange. 

Advertising

Captain Marvel akan mengisahkan tentang Carol Danvers yang bakal menjadi adiwira paling hebat di galaksi semasa Bumi terperangkap dalam perang galaktik antara dua bangsa makhluk asing iaitu Kree dan Skrull. Ianya akan berlatarbelakang awal 90an dan akan menceritakan sejarah yang tidak pernah ditunjukkan dalam Marvel Cinematic Universe.

Filem ini turut dibintangil oleh Samuel L. Jackson, Clark Gregg, Ben Mendelsohn, Lashana Lynch, Gemma Chan, Algenis Perez Soto, Rune Temte, McKenna Grace, Annette Bening, dan Jude Law.

Captain Marvel kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Advertising

Related posts

Marvel Akhirnya Dedah Tajuk Sebenar “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Kakimuvee

Justice League: Ryan Reynolds Nafi Akan Buat Cameo Sebagai Green Lantern

Kakimuvee

Jennifer Lawrence Sertai Reboot MCU “Fantastic Four”?

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Poster “Army of the Dead”

Kakimuvee

Leave a Comment