Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Captain Marvel 2” & “Ant-Man 3” Akan Memulakan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Dua filem terbaru Marvel Studios nampaknya bersedia untuk memulakan penggambaran.

Menurut Film & Television Industry Alliance, sekuel yang diterajui Brie Larson, Captain Marvel 2 dan filem ketiga yang diketuai Paul Rudd Ant-Man & The Wasp: Quantumania, akan memulakan penggambaran pada 21 Mei Ini. “Ant-Man 3” akan menjalani penggambaran di London dan Atlanta sehingga 24 September, manakala “Captain Marvel 2” akan melakukan penggambaran di London dan Los Angeles. 

Buat masa ini terdapat tiga filem Marvel Studios yang sedang menjalani penggambaran, ini termasuklah Spider-Man: No Way HomeDoctor Strange in the Multiverse of Madness dan Thor: Love and Thunder. Ketiga-tiga filem tersebut menjalani penggambaran di tiga lokasi berbeza – “Spider-Man 3” di Atlanta, “Doctor Strange 2” di London dan “Thor 4” di Australia. 

Captain Marvel 2 menyaksikan Nia DaCosta (Candyman) mengambil alih tugas pengarahan dan penulisan lakon layar dari Anna Boden dan Ryan Fleck. Menyertai Larson dalam sekuel akan datang adalah bintang WandaVision, Teyonah Parriss sebagai Monica Rambeau dan pendatang baharu MCU, Iman Vellani sebagai Kamala Khan/Ms. Marvel, yang mana dia akan membuat debut dalam siri Disney+ Ms. Marvel pada penghujung tahun ini. 

Pelakon Inggeris, Zawe Ashton (Velvet Buzzsaw) telah dipilih untuk memainkan peranan antagonis utama. Watak Aston buat masa ini masih belum didedahkan. “Captain Marvel” Ditetapkan tayangan pada 11 Nove,ber 2022.

Dalam Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Paul Rudd dan Evangeline Lilly sekali lagi membawa watak Scott Lang/Ant-Man dan Hope Van Dyne/Wasp. Michael Douglas dan Michelle Pfeiffer turut kembali, manakala Michael Peña dan David Dastmalchian berkemungkinan besar meneruskan peranan masing-masing dalam filem akan datang. 

Watak Cassie Lang akan dilakonkan oleh Kathryn Newton, menggantikan tempat Emma Fuhrmann yang memainkan watak remaja Cassie semasa dalam filem Avengers: Endgame. Awal tahun ini telah diumumkan bahawa Jonathan Majors akan memainkan peranan Kang the Conqueror, watak antagonis komik Marvel yang bakal membentuk perjalanan MCU Fasa 4. 

Diarahkan oleh Peyton Reed berdasarkan skrip yang ditulis oleh Jeeff Lovenss (Rick & Morty), “Ant-Man and The Wasp: Quantumania” akan menemui penonton pada 2022.

Related posts

Pandangan Pertama Knuckles Di Set Penggambaran “Sonic the Hedgehog 2”

Kakimuvee

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee