Dengan filem terbaru Captain America: Civil War yang sedang dalam pembikinan, Terdapat banyak info-info dan khabar angin mengenaiĀ plot filem terbesar dalam sejarah MCU (Marvel Cinematic Unvirse) ini. Paling menarik ialah kemunculan hero kesayangan ramai, Spiderman dalam konflik diantara Iron Man dah Captain America.
BACA: Punca Iron Man dan Captain America Bergaduh Dalam Filem Civil War
Terbaru, ramai yang mula tertanya-tanya, antara superhero-superhero dalam filem ini, siapakah yang akan memihak kepada Iron Man dan Captain America? Menurut laman web inquisitr.com, mereka telah meramalkan bahawa beberapa superhero akan memihak kepada Iron Man ataupun Captain Americ. Nak tahu? Jom tengok senaraiĀ dibawah:

Memihak Kepada Iron Man
- The Vision
- Spider-Man
- War Machine
- Black Widow
The Vision dan War Machine memang dijangka akan memihak kepada Iron Man memandangkan War Machine adalah kawan kepada Tony Stark dan The Vision pula dicipta oleh Tony Stark. Black Widow mungkin menyebelahi Iron Man disebabkan seterunya, Winter Soldier berpihak kepada Captain America.

Memihak kepada Captain America
- Hawkeye
- Falcon
- Scarlet Witch
- The Winter Soldier
- Ant-Man
Pada awalnya, Ant-Man dijangka akan memihak kepada Iron Man (berdasarkan cerita asal komik Captain America: Civil War). Tetapi dalam filem ini, berlaku sebaliknya. Dua sebab – pertama Ant-Man tidak mahu teknologi suitnya jatuh kepada Tony Stark (rujuk filem Ant-Man), kedua hint yang ditunjukan dalam babak akhir filem Ant-Man yang menunjukan Falcon ingin meminta bantuan Ant-Man dalam konfilik antara Iron Man dan Captain America.
Antara info lainyang kami dapat tahu ialah mungkin Hulk turut muncul dalam filem. Ini kerana, pelakon watak tersebut Mark Ruffalo dikatakan berada di set pengambaran filem Captain America. Kita semua tahu bahawa Hulk mungkin tidak terlibat dalam filem ini, tetapi kehadiran Mark Ruffalo di set pengambaran mungkin memberi info sebaliknya.Ā Pihak produksi tidak menafikan atau mengiyakan, tetapi jika benar Hulk turut terlibat, agaknya dia akan memihak kepada siapa?

Selain itu juga, pihak produksi memberitahu, karakter baru, Black Panther tidak akan memihak kepada siapa-siapa dalam filem ini manakala villian Crossbones (Brock Rumlow – Captain America: The Winter Soldier) mungkin akan memihak kepada Iron Man.
Ok, senarai diatas sekada khabar angin sahaja, bagi yang pernah membaca komik Captain America: Civil War pasti tahu tentang jalan cerita, tetapi untuk filem pada kebiasaanya akan berlaku sedikit perubahan bagi membuat filem ini kelihatan lebih menarik dan tidak dijangka. Jika hendak tahusuperhero yang akan memihak kepada Iron Man atau Captain America, tunggu filem ini yang akan ditayangkan pada 6 May 2016.