Review

Captain America: Civil War Review

Views

captain_america__civil_war___poster_landscape_by_superdude001-d8blu8b

Selepas berlaku kemalangan jiwa di Lagos, Nigeria, The Avengers telah dipanggil oleh UN (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) untuk menerima satu rang undang-undang bagi mengekang pasukan The Avengers dari bertindak sesuka hati semasa menjalankan misi mereka di negara-negara di dunia ini. Peraturan ini menyebabkan pasukan The Avengers berpecah kepada dua iaitu team Iron Man yang menyokong peraturan tersebut dan Team Captain America yang menentang peraturan yang dicipta oleh UN.

2016_CAPTAIN-AMERICA_040116.article_x4

Namun konflik utama antara kedua-dua kumpulan ini bukanlah disebabkan rang undang-undang tersebut, tetapi disebabkan Steve Rodgers aka Captain America (Chris Evans) yang mahu menyelamatkan rakannya, Bucky Barnes aka The Winter Soldier (Sebastian Stan) dari ditahan pasukan khas antarabangsa. Bucky Barnes telah dituduh melakukan serangan penganas semasa sidang UN yang mahu membawa usul rang undang-undang tersebut. Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Steve Rodgers cuba membantu Bucky Barnes manakala, Tony Stark aka Iron Man (Robert Downey Jr.) yang berpihak kepada UN ingin memberkas Bucky Barnes. Disini bermulalah konflik diantara Captain America dan Iron Man.

Captain America: Civil War boleh dikatakan filem Marvel terbaik buat masa ini. Walaupun tidak menepati ciri-ciri seperti komik Captain America: Civil War (ramai peminat marvel mengkritik storyline filem ini), tapi bagi kami ianya memang "the best" setakat ini. Plot filem tidak terlampau complicated dan tidak dapat dijangka terutamanya semasa dipenghujung cerita.

Marvel's Captain America: Civil War Spider-Man/Peter Parker (Tom Holland) Photo Credit: Film Frame ? Marvel 2016

Dalam banyak-banyak superhero yang ditampilkan, kami suka melihat aksi Spiderman, kelakar, banyak cakap dan fuh! cukup kuat sampaikan dapat tahan penumbuk Bucky Barnes dengan sebelah tangan saja. Pemilihan Tim Holland sebagai pelakon baru Spiderman ternyata berbaloi, rasanya ramai terhibur dengan penampilan pertama Spiderman dalam filem Marvel ini. Tak sabar pula rasanya kami nak tonton reboot filem Spiderman akan datang.

external

Tak ketinggalan juga Scott Lang aka Ant-Man (Paul Rudd), peminat Ant-Man pasti bersorak apabila dapat melihat aksi Ant-Man bertempur dengan superhero-superhero lain terutamanya semasa dia merosakkan suit Iron Man. Walaupun wataknya dalam filem ini sekejap sahaja, sekurang-kurangnya kita dapat melihat kuasa terbaru dia.

Oh ye! lupa kami nak sebut, bagaimana dengan penampilan karakter terbaru Marvel Black Panther? yes! dengan suit hitam yang diperbuat dari vibranium, cakaran yang tajam sehingga mampu merobek perisai Captain America, kami rasa Marvel Studio patut menghasilkan filem standalone untuk karakter ini. Black Panther dilakonkan oleh aktor Chadwick Boseman.

Bagi kami filem terbaru Captain America ini boleh dikatakan menyentuh hati. Setelah 8 tahun dan 12 filem mereka bersatu dan berjuang bersama-sama menentang supervillian, kini mereka telah berpecah, diburu dan memburu. Dan yang lebih sadis, mereka berpecah disebabkan dendam seorang lelaki biasa yang ingin melihat The Avengers berbunuhan sesama sendiri.

Untuk keseluruhan filem kami bagi 5/5 bintang.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks