Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Captain America 4 Bakal Dihasilkan!, Anthony Mackie Akan Bawa Watak Utama

Dalam filem Avengers: Endgame yang lalu, Steve Rogers telah menyerahkan perisai Captain America kepada rakannya Sam Wilson sebagai tanda simbolik bahawa di telah bersara dari menjadi Captain America.

Kisah seterusnya akan diceritakan dalam rancangan Disney+ The Falcon and the Winter Soldier dimana Sam akan meneruskan legasi Steve. Mungkinkan siri TV itu akan menjadi penghubung kepada filem Captain America 4 yang dibintangi pelakon Anthony Mackie?

Marvel setakat ini masih belum menyebut apa-apa Captain America 4, tetapi sumber yang mendedahkan kepada laman web We Got This Covered memberikan satu berita yang cukup menarik.

Pihak studio dikhabarkan secara rahsia sedang membangunkan filem keempat Captain America dengan Anthony Mackie akan memainkan peranan utama sebagai adiwira tersebut. Buat masa ini masih belum jelas sejauh mana projek itu telah bermula, tetapi menurut sumber berkenaan, Mackie sekurang-kurangnya akan mendapat satu filem solo sebagai Captain America yang baru.

Selain itu juga, terdapat kemungkinan Sam Wilson akan menyertai New Avengers yang turut dianggotai beberapa ahli baru seperti Jane Foster AKA Mighty Thor, Captain Marvel, Doctor Strange, Black Panther, Spider-Man, Blade dan mungkin Luke Cage.

Apapun sementara kita menantikan filem Captain America 4, tumpuan harus diberikan kepada siri TV Falcon and the Winter Soldier kerana akan menyaksikan pertembungan diantara Sam Wilson dan John Walker/U.S. Agent yang dipilih sebagai pengganti Steve Rogers oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Siri tersebut akan menampilkan beberapa muka lama seperti Emily Van Camp sebagai Sharon Carter, Daniel Bruhl sebagai Zemo dan Sebastian Stan sebagai Bucky. TV Falcon and the Winter Soldier akan bersiaran di Disney+ pada tahun hadapan.

Related posts

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

Leave a Comment