Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Candra Akan Menjadi Villain Dalam Filem Gambit?

Filem spin off X-Men, Gambit yang telah lama tertangguh akhirnya telah mendapat tarikh rasmi tayangan iaitu pada 14 Februari 2019. Walaupun sebelum perancangan filem tersebut dilihat seperti tergantung dan berhadapan dengan pelbagai masalah, aktornya Channing Tatum kerap meyakinkan peminat bahawa perancangan filem superhero lakonan beliau masih berjalan dan akan difilemkan.

Dalam perkembangan terbaru, terdapat laporan mengatakan watak Candra akan menjadi villain dalam filem Solo Gambit ini. Menurut Omega UndergroundCandra merupakan supervillain yang mempunyai abiliti  telepathic yang cukup luar biasa dan juga “Immortal”. Wataknya dikatakan dekat dengan watak Gambit, dan supervillain berkenaan membuat penampilan pertama dalam komik Gambit #1 yang diterbitkan pada tahun 1993 – menjadikan calon utama sebagai villain dalam filem solo Gambit akan datang.


Selain itu juga, 20th Century Fox dilihat cuba mendapatkan khidmat Daniel Craig untuk membawakan watak Nathaniel Essex aka Mr. Sinister. Nathaniel Essex telah diperkenalkan dalam post credit filem X-Men: Apocalypse  oleh pengarah Bryan Singer. Berdasarkan dari skrip filem Gambit yang telah dibocorkan, Mr. Sinister mungkin akan ada dalam filem tersebut. Jika laporan Omega Underground tepat serta skrip yang dibocorkan adalah benar, adakah terdapat dua Supervillain dalam filem Gambit nanti?

Bagaimanapun, laporan terbabit tidak disah atau dinafikan lagi buat masa ini oleh pihak studio. Tetapi memandangkan tarikh tayangan semakin dekat, dijangkakan pengambaran filem Gambit akan dimulakan tidak lama lagi dan kita bakal mengentahui siapakah pelakon-pelakon serta watak-watak yang bakal muncul dalam filem tersebut.

Apapun nantikan perkembangan terbaru filem Gambit yang akan kami bawakan dari semasa ke semasa.

Related posts

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment