Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Cameo Henry Cavill & Gal Gadot Dalam “The Flash” Telah Dipotong


THR melaporkan bahawa filem DC Studios yang akan datang, The Flash, tidak lagi mengandungi cameo Superman dan Wonder Woman.

Walaupun Henry Cavill dan Gal Gadot telah merakam adegan mereka, cameo itu bagaimanapun dipotong dari filem yang diterajui Ezra Miller itu, lebih kurang enam bulan sebelum ia ditayangkan di pawagam. 

Ini merupakan satu lagi langkah ke arah menamatkan era DC Extended Universe untuk memberi lalu kepada DC Universe yang baru dicipta oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bersama DC Studios, James Gunn dan Peter Safran. 

Berita tersebut hadir selepas Cavill mengumumkan bahawa dia tidak lagi meneruskan peranannya sebagai Superman dalam projek-projek akan datang.

Dengan Jason Momoa berpotensi meninggalkan Aquaman untuk memainkan peranan baharu sebagai Lobo dan Wonder Woman 3 yang dibatalkan, nampaknya era DC Extended Universe yang bermula pada 2013 menerusi filem Man of Steel bakal berakhir dalam masa yang terdekat. 



Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Peminat Gambarkan Alexandra Daddario Sebagai Wonder Woman

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee