Cameo Green Lantern Dalam Filem Justice League

0
583
views

justice-league-movie-cast

Seperti Marvel yang memiliki Avengers, DC juga mempunyai sebuah kumpulan yang dianggotai oleh para superhero iaitu Justice League. Tidak ketinggalan dan mahu menjejak langkah Marvel Studios, pihak DC juga sedang dalam pembikinan filem kelima dalam DC Extended Universe iaitu Justice League.

Justice League bakal menghimpun watak-watak hero DC dalam satu filem. Antara superhero yang terlibat dalam filem Justice League ialah Superman, Batman, Wonder Women, Cyborg, The Flash dan Aquaman. Ini pertama kali superhero-superhero DC dihimpunkan dalam bentuk Live-Action.

Cuma yang kurang dalam pasukan superhero ini ialah ketiadaan Green Lantern. Green Latern dikatakan antara founder awal dalam penubuhan Justice League, tetapi ketiadaannya karakter tersebut dalam filem Justice League menyebabkan ramai peminat komik DC kecewa.

Namun, pihak Studios mengatakan mereka tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melibatkan Green Lantern dalam filem kali ini, memandangkan karakter tersebut hanya akan muncul dalam filem Green Lantern Corps yang dijadualkan pada tahun 2020.

Green Lantern Corps

Namun terbaru terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa karakter ini akan muncul dalam filem Justice League sebagai watak cameo. Menurut Comicbook.com, watak Green Lantern akan muncul dalam satu babak penting filem berkenaan, samada dipertengahan cerita ataupun dipenghujung cerita.

Namun jika karakter tersebut benar-benar muncul dalam filem Justice League, ia adalah satu langkah promosi yang baik buat DC untuk memperkenalkan Green Lantern kepada penonton pada masa itu.

Dalam Filem Justice League, Bruce Wayne dan Prince Diana telah bekerjasam dan bertindak mencari dan mengumpulkan metahumans diseluruh dunia. Dan mereka telah membentuk sekumpulan superhero yang dikenali sebagai Justice League bagi menangkis ancaman-ancaman penjahat yang ingin menyerang bumi.

Green Lantern Corps akan ditayangkan pada 2020 manakala Justice League ditayangkan pada 2017.

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here