Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Calon Oscar Steven Yeun Sertai Filem Seram Terbaru Arahan Jordan Peele

Bintang Minari dan pencabar anugerah Steven Yeun dilaporkan sedang dalam rundingan untuk membintangi filem seram terbaru arahan Jordan Peele. Yeun merupakan pencapar untuk kategori Pelakon Terbaik dalam anugerah Academy. Dia juga baru-baru ini disahkan terlibat dalam projek siri komedi drama terbitan studio A24 bersama Ali Wong. 

Filem seram Jordan Peele itu masih belum mempunyai tajuk, dan Universal Pictures baru-baru ini mengumumkan penglibatan Daniel Kaluuya (Judas and the Black Messiah) dan Keke Palmer (Hustlers) sebagai sebahagian daripada barisan pelakon. Butiran lanjut mengenai filem itu masih belum didedahkan. 

Berkata kepada Deadline, pengerusi Universal Studios Donna Langley menzahirkan rasa keterujaannya untuk terus bekerjasama dengan Monkeypaw, syarikat penerbitan milik Jodran Peele.

“Jordan telah menjadikan dirinya sebagai suara utama dan pencerita asli dengan tarikan global. Dia memimpin generasi baru pembuat filem yang telah menemukan cara untuk memanfaatkan zeitgeist budaya dengan kandungan yang luar biasa yang bergema dengan penonton dari semua latar belakang, “

Jordan Peele dan Monkeypaw segera mendapat perhatian selepas pelancaran filem seram Get Out (2017), debut Peele sebagai pengarah, yang telah mendapat pujian dari pengkritik dan penonton. Filem tersebut berjaya mengutip AS$255 juta di pentas box office seluruh dunia, dan meletakkan Peele sebagai pengkarya kulit hitam pertama yang berjaya memenangi anugerah Lakon Layar Asal Terbaik di anugerah Oscar, serta tercalon dalam kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Filem seram terbaru ini akan diterbitkan Peele, Ian Cooper dan syarikat penerbitan mereka Monkeypaw Production. Tarikh tayangan ditetapkan pada 22 Julai 2022.

Related posts

Pandangan Pertama Knuckles Di Set Penggambaran “Sonic the Hedgehog 2”

Kakimuvee

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee