Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Call Of Duty” Mungkin Menjadi Filem Terbaru Dwayne Johnson


Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan Dwyane Johnson sedang membangunkan sebuah filem yang berdasarkan permainan video popular, dan kini terdapat laporan terbaru yang mungkin mencadangkan filem terbaru bintang Black Adam itu.

Menurut laporan dari Giant Freakin Robot, Johnson mungkin membintangi filem Call of Duty. Pendedahan tersebut dikhabarkan hadir dari sumber yang “yang dipercayai”.

Bagaimanapun, peminat permainan video yang dibangunkan Activision Blizzard itu masih menganggapnya sebagai khabar angin dan menunggu pengesahan rasmi.

Sumber dari Giant Freaking Robot tidak menawarkan sebagai butiran lanjut mengenai potensi adaptasi Call of Duty, termasuklah sumber rujukan permainan video itu sendiri.

Untuk info, siri Call of Duty telah membuat debut pada 2003 dan merangkumi pelbagai konflik dunia termasuklah Perang Dunia Kedua, Perang Dingin, Peperangan era moden termasuklah konflik peperangan di masa hadapan. 


Jadi, sukar untuk mengatakan latarbelakang filem lakonan Johnson itu dan watak apakah yang akan dilakonkannya. 

Jika khabar angin mengenai filem Call of Duty itu tidak tepat, terdapat satu lagi permainan video yang mungkin dirujuk oleh Johnson. Aktor itu baru-baru ini telah muncul dalam permainan video Fortnite dimana dia membawa peranan The Foundation, watak utama dalam permainan video itu. 

Fortnite merupakan antara permainan video ‘battle royale’ popular dan popularitinya itu sudah cukup untuk ia mencipta filem aksi-langsungnya sendiri. Apapun, peminat nantikan pengumuman Johnson mengenai filem adaptasi permainan video yang kini sedang dibangunkan syarikat produksinya, Seven Buck Productions.

Johnson, juga dikenali sebagai The Rock, telah membuat dua kemunculan dalam adaptasi permainan video: Doom dan Rampage, dimana kedua-duanya menerima reaksi bercampur-campur dari pengkritik dan peminat. 

Hollywood kini cuba menghidupkan kembali adaptasi permainan video dengan melibatkan pembangun pemainan video dalam projek-projek mereka. Siri asli Paramount+ Halo dan HBO, The Last of Us antara adaptasi yang akan menemui penonton tidak lama lagi. 


Related posts

[VIDEO] Dwayne Johnson Tamatkan Pertelingkahannya Dengan Vin Diesel

Kakimuvee

Pemenang Anugerah Tony Akan Mengarahkan Filem Live-Action Moana

Kakimuvee

Babak Kredit ‘Fast X’ Bakal Mengejut Peminat ‘Fast & Furious’

Kakimuvee

Krisis Antara Dwayne Johnson & Warner Bros. Terbongkar

Kakimuvee

“Black Adam” Tiada Dalam Perancangan James Gunn, Dwayne Johnson Keluarkan Kenyataan

Kakimuvee

The Rock Tidak Pernah “Followed” Akaun Instagram Black Adam & Warner Bros.

Kakimuvee