Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Call Of Duty Cinematic Universe, Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini.

Baru-baru ini kami ada keluarkan artikel mengenai “Shared Universe” dilaman Facebook Kakimuvee. Antara filem-filem “Shared Universe” yang sedang dalam perancangan dan akan dikeluarkan tidak lama lagi ialah Call of Duty, adaptasi dari permainan video aksi terkenal diseluruh dunia. Apa yang kita tahu setakat ini?

Menurut pengeluar permainan video ini iaitu Activision Blizzard, mereka sudah memulakan studio produksi mereka sendiri dan merancang untuk menghasilkan beberapa filem dan siri televisyen. Filem pertama dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2018 atau 2019.

Siri permainan video ini sangat popular dikalangan gamers diseluruh dunia, malah Call of Duty juga merupakan salah satu permainan eSport dan mempunyai liga tersendiri. Disebabkan populariti tersebut, terdapat beberapa peminat tegar permainan video ini telah menghasilkan video-video fanmade berdasarkan siri permainan Call of Duty.

Setakat ini tidak dipastikan bagaimana siri filem ini bermula kerana permainan video Call of Duty bermula dari era Perang Dunia Kedua sehinggalah ke zaman perang futuristik. Satu kelebihan yang dimiliki oleh Activision Blizzard ialah mereka boleh wujudkan shared universe diantara filem dan permainan video kerana Call of Duty kebanyakkan permainan ini mempunyai storyline dan plot serta mempunyai video-video pendek semasa dalam permainan untuk mengambarkan perjalanan permainan tersebut. Itu yang membuatkan permainan video Call of Duty ini sangat menarik dan sesuai untuk dihasilkan filem.

So kepada peminat-peminat game Call of Duty, apa komen anda mengenai adapatasi filem yang bakal dihasilkan tidak lama lagi?

*kami akan bawakan kemaskini mengenai Call of Duty Cinematic Universe dari semasa ke semasa.

Related posts

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

MCU Fasa 6 Akan Menampilkan ‘Kumpulan Avengers Yang Berbeza’

Kakimuvee

Leave a Comment