Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Cadangan Menubuhkan Majlis Seni Negara, Bantu Pengiat Seni Tempatan

Sumber gambar: Astro Gempak

Datuk Kamil Othman menyokong cadangan penubuhan Majlis Seni Negara bago tujuan membantu hala tuju penggiat seni tempatan.

Menurut penasihat Kementerian Komunikasi dan Multimedia, cadangan tersebut bukan hanya suatu yang positif disambut kedua pihak sama ada penggiat seni mahupun kerajaan Pakatan Harapan tetapi juga bagi membentuk ekosistem bidang seni yang lebih fokus dan teratur. Selain itu juga, kewujudan badan baru itu nanti dapat memperkemaskan lagi fungsi FINAS dalam membantu penggiat seni filem khususnya. Malah, bidang seni dan filem mempunyai ciri-ciri persamaan yang boleh diletakkan di bawah satu entiti baru iaitu di bawah Majlis Seni Negara.

“Filem boleh digubal menerusi Akta FINAS sedia ada tapi peranan Majlis Seni Negara sebenarnya lebih kepada bidang seni selain filem seperti muzik dan teater,” 

“Filem sudah mempunyai FINAS tapi muzik dan teater tiada. Jadi ia boleh digabungkan di bawah Majlis Seni Negara ini,” katanya.

Dalam usaha memajukan industri perfileman tempatan dan seni secara keseluruhan, beliau menyokong penubuhan Majlis Seni Negara ini yang dilihat menjadi dasar baru kerajaan terhadap usaha membantu penggiat seni tanah air.

Perkara ini dicadangkan dalam satu perjumpaan beberapa individu berpengaruh dan berpengalaman dalam bidang seni termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza turut serta bertemu anggota Majlis Penasihat Kerajaan baru-baru ini.

Sumber: Astro Awani

Related posts

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

[Video] Penunggang Agama 2 Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Oktober Ini

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Leave a Comment