Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Byun Yo Han & Shin Hye Sun Dalam Rundingan Untuk Muncul Dalam Filem Thriller Terbaru

Pelakon Byun Yo Han dan Shin Hye Sun dilaporkan telah ditawarkan peranan dalam filem thriller terbaru berjudul She Died, lapor Soompi

Berita itu disahkan agensi kedua-dua pelakon tersebut, dan mereka kini sedang dalam rundingan. 

She Died akan menceritakan tentang apa yang akan berlaku setelah seorang lelaki secara senyap-senyap memasuki rumah seorang influencer media sosial dan mendapati wanita tersebut telah meninggal dunia. Ia akan memaparkan kisah yang cukup tegang dan menguraikan psikologi watak secara terperinci. 

Sekiranya Shin Hye Sun dan Byun Yo Han menerima tawaran berlakon, ini bermakna mereka akan bergandingan sekali lagi selepas berlakon dalam filem A Day pada tahun 2017. 

Byun Yo Han dikenali menerusi drama Incomplete Life yang diterbitkan pada 2014 dan drama tvN, Mr. Sunshine pada 2018.  Manakala Shin Hye Sun pernah terlibat dalam beberapa projek drama seperti The Legend of the Blue Sea, Forest of Secrets, My Golden Life dan Angel’s Last Mission: Love, serta memainkan peranan utama dalam filem Innocence yang telah ditayangkan Jun yang lalu. 

Related posts

Rating “Royal Secret Agent” Terus Meningkat, Catat Rekod Peribadi

Zulaikha

Gambar-Gambar Lee Ji Hoon & Choi Yoo Hwa Dalam Drama “River Where The Moon Rises”

Zulaikha

7 FAMILY K-DRAMAS YOU CAN ENJOY OVER LUNAR NEW YEAR

Zulaikha

“The Uncanny Counter” Kekal No. 1, Shin Hye Sun & Kim Jung Hyun Paling Popular

Zulaikha

“Royal Secret Agent” Terus Kukuh, “She Would Never Know” Cipta Rekod Peribadi

Zulaikha

Song Joong Ki Bertukar Menjadi Mafia Yang Tiada Perasaan Dalam Drama Terbaru Vincenzo

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating