Terdapat beberapa bulan lagi sebelum tayangan perdana Transformers: The Last Knight, tetapi tumpuan kepada filem terbaru Transformers ini telah beralih kepada filem seterusnya dalam francais iaitu Bumblebee. Filem stand-alone Bumblebee ini memang telah diperkatakan lama, dalam perancangan tetapi belum disahkan lagi sehinggalah Michael Bay mengesahkan mengenai filem Bumblebee ini kepada MTV mengenai masa depan francais Transformers, dan lebih khusus apa yang terjadi dengan Bumblebee.
Spin-Off Bumblebee merupakan prekuel kepada francais.
Menurut kata Michael Bay, spin-off Bumblebee berlaku sebelum Bumbleebee bertemu dengan karakter Sam Witwicky dalam Transformers (2007). Memberi penekanan yang lebih besar kepada watak Bumblebee berbanding watak manusia. Michael Bay tidak menolak aspek bahawa akan ada watak-watak manusia yang diperkenalkan, tetapi beliau seolah-olah menekankan tumpuan kepada kisah Bumblebee ini daripada watak-watak yang lain. Untuk keseluruhan temu bual itu, lihat video di bawah:
Selain daripada apa yang Michael Bay “bercerita” tentang Bumblebee ini, yang menariknya memandangkan Bumblebee merupakan Transformer tunggal di Bumi dalam filem pertama, mungkin dalam filem Bumblebee ini kita akan mengetahui apa sebenar tujuan Bumblebee turun ke bumi?. Segala interaksi beliau dengan Transformers sebelumnya itu, termasuk mungkin dengan Autobots yang kita tidak pernah lihat dalam mana-mana filem Transformer sebelum ini.
Adakah Bumblebee akan mempunyai interaksi dengan Autobots lain yang bersembunyi di bumi, atau menghabiskan majoriti masanya dalam penyamaran. Atau mungkin Bumblebee merupakan satu-satunya Autobot di Bumi semasa peristiwa dalam filem spin-off Bumblee itu nanti.
Autobots yang mana akan muncul di samping Bumblebee nanti?
Apa yang lebih menarik ialah Autobots mana yang berpotensi berhubungan dengan Bumblebee sebelum beliau memanggil Optimus Prime dan krew yang lain ke Bumi dalam Transformers. Tetapi mereka mungkin telah dihapuskan sebagaimana kita tidak mendengar yang Bumblebee mempunyai kenalan Autobot sebelum peristiwa dalam Transformers. Namun, kita mungkin melihat beberapa Autobots, terutamanya jika kita melihat hubungan di antara Bumblebee dengan Wheeljack.
Ini memang dah agak lama kalau nak ingat balik, tetapi sebahagian daripada kita tentu masih ingat kata-kata terakhir Bumblebee kepada Wheeljack dalam Transformers: Dark of The Moon sebelum Wheeljack dibunuh: “Selamat tinggal, kawan lama.”
Ayat tersebut mungkin kelihatan tidak penting, tetapi kemungkinan kedua-dua mempunyai masa lalu bersama-sama sebagai rakan, mereka mungkin berhubungan antara satu sama lain sebelum peristiwa dalam file Transformers, tidak mustahil yang Wheeljack kemungkinan akan muncul dalam spin-off Bumblebee.
Apapun, kita perlu menunggu apakah plot sebenar filem Bumblebee ini nanti dan kita akan mendengar lebih banyak maklumat daripada Michael Bay mungkin dalam waktu yang terdekat, mungkin ketika proses penggambaran filem ini nanti. Mudah-mudahan kita akan dapat melihat Bumblebee mengetuai sekumpulan besar Autobots sendiri, walaupun kita boleh jangkakan yang antara mereka mesti ada yang terbunuh atau pergi bersembunyi atau mungkin berubah menjadi decepticons.
Transformers : The Last Knight akan ditayangkan pada 23 Jun 2017
Bumblebee dijangka akan ditayangkan pada tahun 2018.