Slot AsiaTrivia

Bulan Mei Menyajikan Banyak Drama-Drama Korea Yang Menarik

Views
Sumber gambar: Kdrama Crazy

Hai! apa khabar ke peminat-peminat dari drama Korea! Seperti biasa, kami di Kakimuvee akan kongsikan beberapa drama menarik yang bakal menemui anda pada bulan Mei ini. Bulan ini pasti anda akan melekat di skrin televisyen atau laptop kerana banyak drama-drama yang disajikan. Nak tahu drama apa? anda boleh saksikan senarai yang kami sediakan dibawah!.

Shall We eat Dinner Together?/Dinner Mate (MBC)

  • Tayangan bermula 4 Mei
  • Setiap Isnin & Selasa
  • 16/32 Episod
  • Lakonan Song Seung Hun, Seo Ji Hye, Lee Ji Hoon, Son Na Eun

Drama ini mengisahkan seorang wanita muda yang berpisah dengan teman lelaki yang masih dia cintai, dan seorang pemuda yang sudah bosan untuk bercinta. Mereka berdua suka makan di luar dan pergi ke restoran berseorangan, dan mereka kebetulan bertemu sementara menunggu untuk mendapat tempat di sebuah restoran.

Soul Mechanic/Fix You (KBS2)

  • Tayangan bermula 6 Mei
  • Setiap Rabu & Khamis
  • 32/16 Episod
  • Lakonan Shin Ha Kyun, Jung So Min

Mengisahkan doktor psikiatri, dan pesakitnya yang mencari makna kebahagiaan sekaligus menyembuhkan luka emosional

Oh My Baby (tvN)

  • Tayangan bermula 13 Mei
  • Setiap Rabu & Khamis1
  • 16 Episod
  • Lakonan Jang Nara, Park Byung Eun, Go Joon, Jung Gun Joo
BACA:  Steel Rain: Summit Akan Ditayangkan Dipawagam Tempatan 20 Ogos Ini

Mengisahkan seorang wanita bernama Jang Ha Ri berusia 39 tahun yang menginginkan anak tetapi tidak mahu berkahwin.

Wind And Cloud And Rain (TV Chosun)

  • Tayangan bermula 17 Mei
  • Setiap Ahad
  • 24 Episod
  • Lakonan Park Si Hoo, Go Sung Hee

Choi Chun-Joong (Park Si Hoo) adalah penilik wajah terbaik di Joseon. Dia dilahirkan dalam keluarga yang berprestij, tetapi keluarganya dibunuh. Dia dipandang rendah sebagai peramal, tetapi dia akhirnya menjadi orang yang paling berkuasa di Joseon. Dia menyedari nasib Joseon dan berusaha mengubahnya. Dia juga mengabdikan hidupnya untuk wanita yang dia cintai

Mystic Pop-Up Bar (JTBC dan Netflix)

  • Tayangan bermula 20 Mei
  • Setiap Rabu & Khamis
  • 12 Episod
  • Lakonan Hwang Jung Eum, Yook Sung Jae, Choi Won Young

Mengisahkan pojangmacha (gerai jalanan) misteri yang dikendalikan oleh seorang wanita yang mengunjungi pelanggan dalam mimpi mereka untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

Old-School Intern (MBC)

  • Tayangan bermula 20 Mei
  • Setiap Rabu & Khamis
  • 16/32 Episod
  • Lakonan Park Hae Jin, Kim Eung So, Han Ji Eun

Selepas tamat pengajian, Ga Yeol Chan mendapat pekerjaan pertamanya di sebuah syarikat. Pegawai atasannya di sana, Lee Man Sik, adalah “kkondae” yang merujuk kepada jenis orang tua yang konservatif dan menyebabkan Yeol Chan berhenti dari pekerjaannya di sana dan pergi bekerja di sebuah syarikat ramen. Dia bekerja sangat keras dan dinaikkan pangkat berkat perancangan radikal dan pemasarannya yang agresif.

BACA:  Review Filem Korea: #ALIVE (2020)

Yeol Chan kini bekerja sebagai ketua bahagian penjualan dan pemasaran di syarikat ramen. Kedudukan ini menyebabkan dia berkuasa dalam syarikat. Suatu hari, Ga Yeol Chan mendapat pekerja praktikal yang sudah berusia. Pekerja praktikal itu adalah Lee Man Sik yang memberinya masa yang sukar pada pekerjaan pertamanya.

Team Bulldog: Off-duty Investigation (OCN)

  • Tayangan bermula 23 Mei
  • Setiap Sabtu & Ahad
  • 12 Episod
  • Lakonan Cha Tae Hyun, Lee Sun Bin

Jin Kang-Ho (Cha Tae-Hyun) adalah seorang detektif yang bersemangat dan efektif. Dia cuba menangkap penjenayah dengan apa juga cara yang dapat dilakukan, dia juga tidak boleh “masuk” dengan detektif lain.

Kang Moo-Young (Lee Sun-Bin) adalah PD untuk program penyiasatan TV. Program ini cuba menangkap penjenayah yang polis tidak dapat tangkap. Kang Moo-Young mengambil risiko dalam mendedahkan kebenaran. Jin Kang-Ho dan Kang Moo-Young secara tidak diduga bertemu dan mereka mula bekerjasama dalam kes-kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan.

Tinggalkan Balasan

shares