Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bukan Satu, Tapi 3 Karakter Dilakonkan oleh Taika Waititi Dalam Filem Thor: Ragnarok

Nama pengarah filem Thor: Ragnarok, Taika Waititi kerap disebut-sebut selepas tayangan filem superhero Marvel arahan beliau gara-gara karakter kelakar, Korg yang dilakokan sendiri olehnya. Walaupun karakter Korg sekadar watak tambahan dan tidak memberi apa-apa kesan kepada perjalanan filem Thor: Ragnarok, tetapi telatah lucu serta dialognya yang kelakar benar-benar berjaya mencuri perhatian penonton.

Disebabkan itu,watak Korg kini telah dijadikan ‘meme’ oleh peminat-peminat filem Marvel dan juga pengemar ‘meme’. ‘Thanks’ kepada kreativiti Taika Waititi dalam menghiburkan para penontonnya.

Tapi tahukah anda, selain Korg, Taika Waititi turut melakonkan 2 lagi karakter dalam filem tersebut? Taika Waititi telah menjadi motion-capture untuk villain Surtur dan juga salah satu kepala untuk makhluk asing berkepala 3 yang dikenali sebagai Haju.

Beliau mendedahkan pekara tersebut semasa ditemuramah oleh wartawan.

“I am one of the heads on the three-headed alien, this character called Haju. I’m the head on the right. And I’m also the motion-capture for Surtur.”

Selain mengarah, Taika Waititi juga berkebolehan dalam bidang lakonan. Beliau mula berlakon sejak tahun 1999 dan pernah muncul dalam beberapa filem terkenal seperti Green Lantern dan Hunt for the Wilderpeople.

Jadi kepada yang telah menonton filem Thor: Ragnarok bagaimana prestasi pengarah ini semasa lakonkan watak Korg, Ok tak?

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment