Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bryan Singer Dituduh Merogol Remaja Lelaki

Bryan Singer, X-Men

Bekas pengarah filem X-Men, Bryan Singer telah disaman kerana telah merogol seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada tahun 2003 yang lalu. Pengarah yang baru digugurkan dari kerusi pengarahan filem Bohemian Rhapsody dituduh telah merogol mangsa, Cesar Sanchez-Guzman 14 tahun yang lalu sehingga mangsa kini masih dalam keadaan trauma disebabkan kejadian tersebut.

Pada hari kejadian, Singer telah menyerang dan merogol mangsa semasa sedang berpesta diatas sebuah kapal layar. Menurut laporan dari Deadline, mangsa telah ditawarkan hadiah sekiranya merahsiakan kejadian tersebut dan telah mengugut mangsanya jika mendedahkan kepada umum.

“Later, Bryan Singer approached Cesar and told him that he was a producer in Hollywood and that he could help Cesar get into acting as long as Cesar never said anything about the incident. He then told Cesar that no one would believe him if he ever reported the incident, and that he could hire people who are capable of ruining someone’s reputation.”

Pendedahan terbaru ini telah menambah kes-kes serangan seksual yang kini sedang hangat diperkatakan dalam industri perfileman Hollywood.

Beberapa selebriti dan orang penting Hollywood seperti  Kevin Spacey, Louis C.K., dan Charlie Rose telah dituduh melakukan beberapa serangan sekual kepada pelakon-pelakon wanita di Hollywood. Terdapat juga kejadian yang telah lama berlaku dan mangsa baru berani mendedahkan kepada umum disebabkan pendedahan awal yang dilakukan oleh beberapa pelakon wanita.

Setakat ini, bekas pengarah X-Men tersebut belum membuat apa-apa kenyataan mengenai tuduhan yang diterima oleh beliau. Sebelum ini, beliau juga pernah dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang individu bernama Michael Egan III. Bagaimanapun, Egan mengugurkan tuduhan tersebut dan mendakwa membuat tuduhan palsu. Peguam yang mewakili Egan telah disaman malu sebanyak $1 juta dolar oleh Bryan Singer kerana telah menyebabkan repultasi beliau jatuh akibat tuduhan tersebut.

Related posts

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee

Video Featurette “F9” Tunjuk Kesan Praktikal Yang Luar Biasa

Kakimuvee