Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Pelakon veteran terkenal Bruce Willis, 65, telah dihalau keluar dari kedai farmasi gara-gara memasuki premis itu tanpa mengenakan pelitup muka. 

Bintang filem Die Hard itu enggan menutup langsung mulut dan hidungnya sewaktu memasuki premis terbabit walaupun sehelai skaf kelihatan tergantung di lehernya. Keengannanya itu sekali gus mencetuskan kemarahan pelanggan lain dalam farmasi berkenaan.

Dia kemudian keluar dari premis itu tanpa membeli apa-apa selepas dihalau.

Insiden itu berlaku selepas jumlah kematian akibat Covid-19 mencecah lebih 30,000 orang di California dan Los Angeles adalah kawasan paling terjejas dengan jangkitan virus itu.

Seramai 10 orang disahkan positif Covid-19 setiap minit di bandar raya menyebabkan penduduk diwajibkan memakai pelitup muka setiap masa terutama ketika keluar membeli-belah atau bercampur orang lain.

Willis tidak berselindung mengenai dirinya menjalani kuarantin bersama sejumlah besar keluarganya walaupun ia ditegah. Dia juga berkongsi keluarga besarnya meraikan Krismas beramai-ramai, Disember lalu.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

Christian Bale Botakkan Kepala Demi Wataknya Dalam Filem “Thor: Love & Thunder”

Kakimuvee