Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bruce Willis Bersara Dari Dunia Lakonan Selepas Didiagnos Afasia


Pelakon legenda Bruce Willis mengumumkan persaraannya dari dunia lakonan selepas didiagnos penyakit Afasia baru-baru ini.

Dalam catatan di Instagram, anak perempuan Bruce, Rumer Willis berkongsi berita itu kepada pemina dengan menyatakan bahawa pelakon ikonik itu telah “mengalami beberapa masalah kesihatan,” dan baru-baru ini didiagnosis dengan penyakit Afasia, iaitu sejenis¬†penyakit¬†yang disebabkan oleh kerosakan¬†saraf¬†otak yang boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk berkomunikasi.¬†

Disebabkan itu, Willis “terpaksa melepaskan kerjaya yang sangat diminatinya.”

“Kepada peminat Bruce yang luar biasa, sebagai sebuah keluarga, kami ingin berkongsikan berita bahawa Bruce yang dikasihi telah mengalami beberapa masalah kesihatan, dan baru-baru ini telah didiagnosis dengan afasia, yang memberi kesan kepada kebolehan kognitifnya,‚ÄĚ kata Rumer dalam catatan tersebut.

“Akibat daripada ini, dan dengan banyak pertimbangan, Bruce mengambil keputusan untuk bersara dari kerjaya yang sangat bermakna baginya.”


Willis memulakan karier lakonannya sejak 1980-an dengan membawa beberapa peranan kecil yang tidak dikreditkan. Namun, namanya mula tumpuan apabila membintangi filem aksi popular Die Hard pada 1988, dimana dia membawa watak legenda sebagai John McClane. 

Selepas itu, Willis segera menjadi ‘superstar’ di Hollywood, dan filem-filem lakonannya telah meraih kutipan lebih $5 billion dolar seluruh dunia sepanjang kariernya selama lebih empat dekad.¬†

Pelakon itu juga telah dicalonkan dalam lima Anugerah Golden Globe, dengan memenangi satu anugerah menerusi siri TV Moonlighting, serta tercalon dalam tiga anugera Emmys.

Sumber: Comingsoon


Related posts

13 Pelakon Botak Yang Satu Ketika Dahulu Memiliki Rambut

Kakimuvee

Trailer “Cosmic Sin” Lakonan Bruce Willis & Frank Grillo

Kakimuvee

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Is Mohd

Saksikan Filem Terbaru Bruce Willis – Death Wish Akan Ditayangkan 1 Mac Ini

Is Mohd

Acts Of Violence Review

Ahmad Fariszuan

M. Night Shyamalan Umumkan Sekuel Filem Unbreakable Dan Split

Kakimuvee