Hari ni adalah hari ketiga tayangan filem Batman V Superman: Dawn of Justice dan ramai peminat kedua-dua superhero tersebut datang untuk melihat aksi pertembungan antara Batman & Superman. Bukan itu sahaja, peminat mula membandingkan salah satu karakter dalam filem tersebut dengan karakter Tony Stark aka Iron Man dalam filem The Avengers.
Karakter yang dimaksudkan ialah Bruce Wayne. Selepas Bruce Wayne menggunakan “Batsuit” nya nampak lebih moden dan kelihatan seperti perisai, ramai peminat seolah-olah membayangkan Bruce adalah Tony Stark dalam versi DC Comic, ditambah pula suit yang dipakai seolah-olah seperti suit Iron Man, yang penuh dengan besi perisai.
Ok mari kita lihat apa persamaan & perbezaan diantara Bruce Wayne dan Tony Stark.
1. Tampan, bergaya dan mampu memikat wanita.
Kedua-duanya mempunyai stail, kacak & kool yang mampu membuatkan wanita disekeliling mereka cair. Namum terdapat sedikit perbezaan antara mereka, Tony Stark setia pada teman wanitanya Pepper Pott walaupun mengelarkan dirinya Playboy, manakala Bruce boleh dikatakan playboy dan jika anda menonton setiap filemnya, teman wanitanya senitasa bertukar
2. Memiliki IQ yang tinggi.
Selain memiliki stail, kedua-duanya memiliki IQ yang tinggi terutamanya dalam bidang teknologi dan sains. Lihat bagaimana mereka berdua menggunakan kepintaran mereka merekacipta suit dan equipment tempur mereka.
3. Kaya raya.
Stark dan Bruce merupakan billionaire dan kebetulan kedua-duanya mewarisi harta yang banyak daripada ibu bapa mereka. Stark kaya disebabkan industry tenaga dan teknologi manakala Bruce mewarisi kekayaan dari bidang kewangan, minyak dan teknologi. Sebab itu mereka berdua mempunya i dana yang tidak terhad untuk mencipta peralatan mereka dan seterusnya menjadi seorang Superhero
4. Tidak mempunyai kuasa istimewa.
Ya kedua-duanya hanyalah manusia biasa. Tony Stark bukanlah dari golongan Mutant, hasil experiment ataupun makhluk asing begitu juga Bruce yang bukanya Metahuman. Kedua-dua bergantung kepada kepandaian, seni mempertahankan diri dan teknologi untuk menjadi seorang superhero.
DIANTARA STARK DAN BRUCE MANA YANG LAGI BERKUASA?
Jika kita tonton filem Iron Man & Avengers , kita dapat lihat bagaimana Tony Stark mampu untuk menentang manusia atau makhluk yang berkali ganda kuat darinya. Iron Man mampu menentang Thor dengan mudah, dan berupaya menentang Hulk. Ini bukan disebabkan Stark mempunyai kuasa luar biasa, tapi suit & teknologi yang digunakan mampu untuk dia menyaingi pesaingannya.
Berbanding dengan Bruce, walaupun ‘Batsuit’ nya telah berubah menjadi lebih kepada perisai, dia tidak boleh menentang Superman tanpa mengunakan tipu helah dan kelemahan Superman iaitu Kryptonite. Malah semasa dia bersama Superman & Wonder Women menentang Doomsday, Bruce hanya mampu berdiri, berlindung dan mengelak apabila diserang. Hanya sekali sahaja Bruce menyerang makhluk tersebut itupun menggunakan bom asap yang diperbuat daripada Kryptonite. Malah jika dibandingkan dengan Wonder Women, Bruce tetap tewas dengan mudah.
Jadi dapat disimpulkan disini, Stark mampu menentang makhluk yang dianggap dewa seperti Thor tetapi Bruce tidak boleh menentang Superman ataupun individu yang lebih berkuasa darinya. Ini menunjukkan teknologi Bruce masih jauh ketinggalan dibelakang Stark, malah, bukan itu sahaja Stark mampu terbang menggunakan suit ‘Iron Man’ nya, dan jika kedua-duanya bertarung, Iron dengan mudah menumbangkan Batman.
Bagaimanapun, Bruce masih boleh berupaya untuk mempertingkatkan keupayaannya menentang manusia atau makhluk yang lebih berkuasa darinya, dengan syarat, dia dapat mencipta teknologi suit dan peralatan yang lebih berkuasa sepertimana Tony Stark yang sentiasa mempertingkatkan keupayaan teknologinya untuk menentang penjahat yang jauh lebih kuat dari dirinya. Bruce telah buktikan dalam filem terbaru Batman V Superman apabila menaiktaraf suit dan peralatan-peralatannya supaya lebih berkuasa dan mampu digunakan untuk menentang Superman cumanya ianya terhad dan masih bergantung kepada kudrat Bruce 100% untuk bertarung.
Apapun persamaan dan perbezaan antara Tony Stark dan Batman, kedua-duanya tetap merupakan superhero yang diminati ramai. Cuma untuk melihat mereka berdua bertarung adalah sukar kerana kedua-duanya datang dari dunia yang berbeza iaitu Marvel dan DC