Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Bront Palarae Tidak Fikir Lama Untuk Bintangi Filem BAKARA


Pelakon tersohor tanah air, Bront Palarae mendedahkan bahawa dia tidak mengambil yang lmaa untuk bersetuju membintangi filem Bakara selepas ditawarkan oleh pengarah Adrian Teh.

Menurut Bront lagi, pengarah itu telah bertemu dengannya untuk berbincang mengenai filem terbaru selepas filem Paskal the Movie ditayangkan dipawagam.

“Sebenarnya projek ini sudah lama Adrian simpan dan dia datang berjumpa dengan saya selepas tayangan filem “Paskal The Movie” di pawagam selesai. Saya sangat tertarik ditambah dengan kejayaan besar yang diperolehnya menerusi filem “Paskal”.

“Saya juga ada bertanya kepada Adrian siapa lagi yang akan membintangi filem “Bakara”, dan apabila dia memberitahu dia sudah berjaya mendapatkan beberapa nama besar, saya terus bersetuju,” ujarnya ketika berada di majlis perlancaran Bakara yang berlangsung di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai wataknya dalam filem itu, Bront akan membawa watak sebenar seorang pegawai tentera berpangkat Mejar.


“Ini kali pertama saya akan menjayakan watak sebenar dan ia akan menjadi lebih mencabar apabila watak itu masih lagi hidup, jadi saya perlu pastikan saya dapat menterjermahkan watak itu dengan baik di skrin nanti.”

Dalam pada itu, Bront berkata sebelum penggambaran bermula pada bulan Jun depan, kesemua pelakon utama akan menjalani latihan ketenteraan sekurang-kurangnya dua bulan bagi memastikan mereka berada dalam tahap terbaik sebelum masuk ke set.

Mereka bukan sahaja akan menjalani latihan fizikal, tetapi juga akan turut jalani latihan mengendalikan senjata dan protokol sebagai seorang anggota tentera.

Berdasarkan kejadian sebenar pertempuran di Mogadishu, Somalia pada tahun 1993, Bakara merupakan filem adaptasi Black Hawk Down versi Malaysia dimana ia memaparkan sisi pasukan tentera Malaysia (Malbatt) yang terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farrah Aidid semasa pentempuran di Bakara Market, Somalia.

Filem terbitan Act 2 Pictures dan Adaza88 Studio ini mendapat sokongan penuh daripada Tentera Darat Malaysia (TDM) yang mana ia akan menjadi salah sebuah filem tempatan menelan kos besar iaitu RM20 juta. Selain Bront, Bakara turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Remy Ishak, Hairul Azreen, Fauzi Nawawi, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

Bakara akan menemui penonton di seluruh negara pada 31 Ogos 2021.

Sumber: Cinema Online


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee