
Bront Palarae terus mencipta nama di persada antarabangsa apabila namanya tercalon di Anugerah Televisyen Asia (ATA) ke-25. Pencalonan tersebut berdasarkan lakonannya dalam siri thriller popular The Bridge musim kedua.
Menerusi perkongsian dilaman Instagram miliknya, Bront dicalonkan dalam dua kategori iaitu Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Digital).
“Ini kali kedua saya dicalonkan di ATA selepas Eropah, “Here I Come” arahan Bernard Chauly. Saya sangat bersyukur bagi mewakili penerbit, pengarah dan keseluruhan produksi. Kami yang mendapat pencalonan ini cuma menjadi wakil buat seluruh warga kerja serta karyawan terbabit.”
“Jumlah pencalonan banyak itu adalah hasil kerja keras seluruh pasukan dan diakui di peringkat Asia. Kita tidak ketandusan bakat, cuma ketandusan peluang,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.
Selain itu juga, siri yang diarahkan TJ Lee, Jason Chom dan Zahir Omar itu turut mendapat 11 pencalonan di ATA
Kategori tersebut ialah Siri Terbaik, Adaptasi Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Wan Hanafi Su dan Miller Khan), Fiksyen Digital Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Digital (Rebecca Lim) dan Pelakon Lelaki Terbaik Digital (Ario Bayu).
Festival ATA ke-25 akan berlangsung di Phnom Penh, Kemboja, selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Januari 2021.
Sumber: Cinema Online
https://www.instagram.com/p/CHJr0itsNcs/?igshid=18c0cdj0lscgg