Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bront Palarae, Shaheizy Sam & Jonathan Rhys Meyers Bintangi Hollywood Berjudul Rajah

Pelakon Ireland, Jonathan Rhys Meyers akan memainkan peranan sebagai Sir James Brooke dalam filem Rajah, terbitan produksi dari Hollywood.

Rhys Meyers terkenal menerusi peranannya dalam filem The Tudors, dan Vikings, serta pernah muncul dalam beberapa filem lain seperti Velvet GoldmineBend It Like BeckhamMatch Point dan Mission: Impossible III.

Menurut laporan dari Star2.comRajah akan disertai beberapa pelakon dari Malaysia dan Indonesia, antaranya Bront Palarae sebagai Pengiran Indera Mahkota – musuh kepada Brooke, Shaheizy Sam sebagai Subu – teman rapat Brooke, dan Rahim Razali sebagai Sultan Brunei.

Manakala pelakon Indonesia terdiri daripada Atiquah Hasiholan sebagai Fatimah, gadis yang disukai Brooke. Filem ini juga akan turut menampilkan pelakon dari Sarawak iaitu Peter John dan Kahar Jimi.

Pelakon antarabangsa pula terdiri daripada Josie Ho sebagai Madame Lim dan Dominic Monaghan (Lord of the Rings) sebagai Colonel Arthur Crookshank.

Rajah mendapat sokongan dari Lembaga Pelancongan Sarawak dan kerajaan Malaysia menerusi rebat Film In Malaysia Incentive. Manakala The Brooke Heritage Trust bertindak selaku penasihat teknikal.

Filem arahan Michael Haussman ini akan memulakan penggambarannya pada 24 September dan dijangka akan selesai pada penhujung Oktober.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment