Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Bront Palarae Mulakan Kempen Mencari Dana Untuk Pembikinan Filam Dawn Raid


Pelakon dan pengarah, Bront Palarae menerusi studio miliknya, Pixel Play telah memulakan kempen untuk mengumpul dana sejumlah RM2 juta bagi membiayai sebuah filem kisah benar negara berjudul Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen.

Bront yang juga merupakan pengarah filem ini berkata kepada Astro Awani bahawa usaha yang mereka lakukan adalah sebagai inisiatif lain mencari dana bagi filem berkenaan.

“Kami telah memohon dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tetapi keputusannya belum keluar. Kempen mencari dana ini di Pitchin ini adalah satu inisiatif alternatif yang kita cuba usahakan. Mampu capai atau tidak, itu di luar kawalan kami,”

Kempen yang mereka jalankan itu akan bermula dari 18 Jun dan akan berakhir sehingga 31 Julai. Jelas Bront, mereka akan memulakan kerja-kerja pra-produksi pada 1 September ini.

Setakat ini, dana yang terkumpul adalah RM1,900 dan Pixel Play berharap agar ia dapat mencapai jumlah yang dikehendaki dalam masa 42 hari.


Bagi membantu anda boleh melayari www.reward.pitchin.my/projects/dawn-raid-the-hands-that-rattled-the-queen.

Dawn Raid adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 7 September 1981 tentang bagaimana Malaysia dapat membeli saham Guthrie Consolidated. Filem yang berlatar belakangkan tahun 1981 itu menceritakan pemilik ladang Guthrie Group pada asalnya sebuah syarikat perdagangan British telah berjaya dikuasai oleh Malaysia selepas kerajaan melakukan satu ‘serangan’ di London Stock Exchange.

Pembelian saham milik Guthrie Consolidated ini dikenali sebagai ‘Serangan Subuh’ membuktikan kepintaran orang Malaysia dalam membeli aset milik negara luar. Serangan ini adalah usaha dari Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad , Bekas Gabenor Bank Negara Ismail Ali dan bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

Bront bakal membawa watak Khalid Ibrahim dan filem berbahasa Inggeris ini turut diterajui oleh Shaheizy Sam, Sofia Jane, Iedil Putra dan Tuan Faisal.

Sumber: Astro Awani


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan