Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Bront Palarae Bintangi ‘Original Series’ HBO Berjudul Folklore

Bintang filem tempatan, Bront Palarae akan membintangi drama bersiri terbitan HBO yang berjudul Folklore tidak lama lagi. Aktor tersebut yang merupakan pelakon siri HBO Asia Halfworlds musim 1 & 2 serta pelakon filem seram Indonesia, Pengabdi Setan akan menyertai aktor Kazuki Kitamura (Godzilla: Final Wars, Kill Bill: Volumes 1 & 2,) yang turut diumumkan oleh HBO Asia untuk membintangi drama seram tersebut.

Folklore dicipta oleh pembikin filem Singapura, Eric Khoo dan kesemua 6 episod siri berkenaan akan dihasilkan di beberapa negara berbeza termasuklah Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Singapura dan Thailand. Kesemua episod akan memaparkan kepercayaan ‘supernatural’ dan mistik mengikut budaya dan fahaman masyarakat dari negara-negara tersebut.


Lebih menarik, setiap siri Folklore akan diarahkan oleh pengarah-pengarah berbeza antaranya Joko Anwar (Indonesia), Takumi Saitoh (Japan), Lee Sang-Woo (Korea), Ho Yuhang (Malaysia), Eric Khoo (Singapore) serta Pen-Ek Ratanaruang (Thailand) dan setiap siri akan menggunakan bahasa tempatan, bergantung negara penggambaran bagi setiap episod.

Untuk episod yang dirakamkan di Malaysia, pengarah filem Rain Dogs dan Mrs. K, Ho Yuhang akan bertanggungjawab menjadi sutradara episod tersebut dan Bront Palarae menjadi bintangi utama.

Penggambaran siri ini telahpun bermula dibeberapa negara yang terlibat dan dijangka akan menemui penonton pada tahun ini diplatform HBO Asia’s on-air, online dan on-demand platforms.

Related posts

Song Joong Ki Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Noir Terbaru

Zulaikha

Jeon Do Yeon & Jung Kyung Ho Disahkan Membintangi Drama Rom-Com “One Shot Scandal”

Zulaikha

“The Witch: Part 2. The Other One” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan

Zulaikha

“The Roundup” Atas Kutipan “Avengers: Age Of Ultron” Di Korea Selatan, Melangkaui 11 Juta Penonton

Zulaikha

Gambar Terbaru “Emergency Declaration” Yang Menampilkan Song Kang Ho, Lee Byung Hun, Im Siwan & Ramai Lagi

Zulaikha

Netflix Perbaharui Siri Popular Korea “Sweet Home” Untuk Dua Musim Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment