Aktor yang semakin meningkat naik di Indonesia, Bront Palarae tampil membincangkan mengenai perbezaan diantara industri filem tanah air dan juga seberang semasa ditemubual oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini .
Menurut aktor yang muncul dalam filem Pangabdi Setan dan Ayat-Ayat Cinta 2, beliau berharap, pembikin filem tempatan perlu berani untuk cuba menghasilkan sebuah kraya yang tidak pernah dihasilkan lagi supaya tidak terus menghasilkan karya yang sama sehingga membosankan penonton. Beliau memberi contoh filem Ayat-ayat Cinta yang berani membawa idea diluar kotak untuk dipertontonkan kepada umum.
“Kita lihat “Ayat-Ayat Cinta”, ia merupakan filem pertama yang membicarakan tentang agama. Sepuluh tahun lalu, tiada filem di pawagam Indonesia ketika itu yang berani membincangkan sesuatu di luar kotak. “Tiada filem yang menyentuh isu poligami, tiada filem yang membincangkan soal agama. Sebab itu, filem tersebut berjaya menjadi antara filem terbaik Indonesia,” Bront Palarae – Utusan Malaysia
Bront pada masa sama juga menasihati pembikin filem supaya tidak melabelkan terus penonton tempatan sebagai malas berfikir atau tidak mahu tonton filem berat, kerana penonton tempatan sudah lama dapat menerima sebuah karya yang mempunyai jalan cerita yang berat iaitu seperti filem arahan Tan Sri P. Ramlee berjudul Ibu Mertuaku.
Malah filem seperti Ola Bola telah membuktikan bahawa karya yang berat mampu mencipta kejayaan besar.
Sementara itu, menyentuh mengenai kerjayanya pula, Bront menjelaskan dia tidak akan meninggalkan Malaysia untuk meneruskan kerjaya seninya, sebaliknya dia mahu fokus pada kedua-dua negara yang memberikan tawaran yang baik untuknya.
Sumber: Cinema Online & Utusan Malaysia