Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Brie Larson Telah Mulakan Latihan Untuk Produksi “Captain Marvel 2”

Hampir dua tahun selepas tayangan filem Captain Marvel, dan kini produksi untuk sekuelnya akan bermula pada tahun ini. Sebagai persiapan, bintang utamanya Brie Larson telah memulakan latihan sebagai persiapan untuk filem akan datang. 

Menerusi perkongsian sebuah video di laman YouTube, Larson mendedahkan bahawa dia sudah mendirikan gim di rumahnya, dan berjanji untuk berkongsi video latihan Captain Marvel 2 bersama pelatih Jason Walsh kepada peminat. 

“As you may know, Captain Marvel 2 is gearing up. I can’t say much more about it other than that, but I’m gonna get ready for it. It’s time for me to get moving.”

Filem pertama mengikuti kisah Carol Danvers (Brie Larson) ketika dia menjadi salah satu pahlawan paling kuat di dunia ketika Bumi terperangkap di tengah-tengah perang galaksi diantara dua bangsa asing. Lebih dari satu dekad sebelum peristiwa di Iron Man pada tahun 2008, Captain Marvel adalah pengembaraan baru dari zaman yang tidak pernah dilihat dalam sejarah Marvel Cinematic Universe.

Dilancarkan pada bulan Mac 2019, Captain Marvel mencapai kejayaan box office apabila mengutip lebih $1.129 billion dolar dipasaran global dengan anggaran kos pembikinan sekitar. $175 juta dolar.

Captain Marvel 2 dijadualkan tayangan pada 11 November 2022.

Related posts

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

Christian Bale Botakkan Kepala Demi Wataknya Dalam Filem “Thor: Love & Thunder”

Kakimuvee