Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Brie Larson Mahu Sertai Star Wars Yang Akan Dibangunkan Kevin Feige

Berita mengenai penglibatan bos Marvel Studios, Kevin Feige dalam projek terbaru Star Wars segera mendapat perhatian peminat. Tak kurang daripada itu, beberapa bintang dari filem Marvel turut menyatakan hasrat untuk menjadi sebahagian dari projek usahasama Feige dan presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy.

Antara yang memberi ‘respond’ adalah pelakon filem Captain Marvel, Brie Larson. Dia telah memuatnaik sekeping gambar cosplay bersama satu lagi karakter Star Wars iaitu C3PO dilaman Twitter miliknya dengan ‘caption’ berbunyi “Did someone say Star Wars?!”.

Larson memuatnaik gambar tersebut selepas terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Fiege ingin membawa masuk salah seorang bintang Marvel Cinematic Universe dalam trilogi terbaru Star Wars.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu tidak disenangi peminat-peminat Star Wars, dan berharap dia tidak akan menyertai francais tersebut.

Berbeza pula dengan Chris Evans. Apabila laman Collider mengeluarkan soalan mengenai aktor yang peminat ingin lihat dalam filem terbaru Star Wars, Evans terus menawarkan diri, dan ‘respond’ yang diterima dari para peminat sangat positif yang mana rata-rata peminat mahu melihat bintang Captain America itu muncul dalam filem Star Wars akan datang.

Setakat ini, perancangan trilogi terbaru Star Wars masih belum didedahkan Disney dan Lucasfilm. Penglibatan Fiege dalam projek terbaru ini sekadar kerjasama perniagaan dan tidak bermakna Fiege akan mengambil alih tampuk pengurusan Lucasfilms dari Kathleen Kennedy.

Yang pasti filem-filem Star Wars akan datang tidak lagi berkisarkan tentang keluarga Skywalker dan tidak akan melibatkan karakter-karakter asal. Apapun kita nantikan perkembangan mengenai projek Star Wars ini dimasa akan datang.

Tetapi sebelum itu, kami ingin bertanya kepada peminat di luarsana. Diantara “Captain Marvel” dan “Captain America”, yang manakah paling layak untuk muncul dalam filem Star Wars akan? kongsikan pendapat anda.

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment