Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Brie Larson Kongsi Pengalaman Sertai Uji Bakat The Big Bang Theory, The Hunger Games & Banyak Lagi

Brie Larson pernah memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik menerusi persembahannya dalam filem thriller Room yang diterbitkan pada 2015. Namun sebelum dia mengecapi kejayaan, aktres berusia 30 tahun itu terpaksa berhadapan dengan kegagalan sepanjang kariernya di Hollywood. 

Larson mengimbas kembali perjalanannya sebagai pelakon dan semua peranan yang terlepas dalam blog video terbaru yang disiarkan di saluran YouTube miliknya. 

Dalam video berdurasi 15 minit itu, Larson menjelaskan betapa sukarnya proses ujibakat yang perlu dilaluinya. Malah bintang Captain Marvel itu turut mengakui bahawa dia telah menjalani proses ujibakat untuk filem dan televisyen sejak berusia 7 tahun. 

“Kadang-kadang anda perlu melalui tiga ujibakat dalam sehari, kadang-kadang anda perlu memainkan watak yang anda tidak tahu” jelas Larson. 

Pelakon tersebut turut berkongsi pengalamannya menjalani ujibakat untuk filem Terminator Genisys yang dibintangi pelakon Arnold Schwarzenegger.

“Semasa saya menjalani ujibakat, saya mengalami masalah tayar pancit, tetapi saya dapat melakukan uji bakat. Dan beberapa kemudian, saya mendapat tahu saya gagal mendapat peranan dan tidak mendapat sebarang maklumbalas sama sekali”

Brie menjelaskan bahawa, pada masa itu, dia tidak memahami ‘kenapa’ dia gagal mendapat peranan itu kerana dia merasakan bahawa dia ‘telah melakukan yang terbaik.’

Beberapa bulan kemudian, dia akhirnya mendapat maklum balas mengenai ujibakatnya dan pengurusnya menjelaskan bahawa pengarah ujibakat ‘tidak merasa seperti anda tahu bagaimana membawa senjata api.’

“Dan saya seperti … uhhh … masuk akal JIKA saya membawa pistol … dalam uji bakat. Saya tidak pernah memegang pistol dan saya bersyukur saya tidak pernah memegang pistol kerana saya tidak mahu memegang pistol dalam filem, tetapi saya hanya fikir ianya lucu hanya disebabkan saya tidak boleh memegang pistol, jadi saya tidak dapat peranan itu.”

Brie kemudiannya menyenaraikan pelbagai peranan lain yang gagal dimilikinya, termasuk The Hunger Games, Tomorrowland, semua filem terbaru Star Wars, peranan Penny dalam sikom popular The Big Bang Theory dan Gossip Girl.

 

Related posts

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Gambar-Gambar Tom Holland & Zendaya Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating